Setiap orang dimuka bumi ini pasti akan menjalani kehidupan di zaman remaja mereka. Pelbagai perkara menarik ataupun kenangan pahit yang kita tak mahu lupakan. Kisah ini nerupakan kisah yang tiada berkaitan diantara yang hidup ataupun yang sudah tiada disisi kita. Cerita ini boleh dianggap kelakar atau sebagainya mengikut perasaan masing-masing. Aku merupakan pelajar tingkatan satu di sekolah yang kurang “glamornya”di negeri ini. Hari itu merupakan hari pertama aku akan menjejakkan kakiku di sekolah itu. Pagi itu, bermula dengan lancar mengikut perancanganku dan kenderaan yang akan membawa kami ke sana merupkan sebuah yang bas paling tahan lasak,agaknyalah
Aku memajat pintu kecemasan bas yang terletak dibelakang bas sebelum temanku mengajak aku duduk berhampiranya. Sepanjang perjalanan, temanku “berceloteh” tentang sekolah,maklumlah dia merupakan tingkatan 3 ketika itu. Aku hanya membisu seribu kata sambil memikirkan tentang keadaan sekolah itu daan perangai orang-orangnya kerana dari khabar angin, sekolah itu agak teruk jugak displin . Apabila sampai, kami pelajar tingkatan satu beiringan masuk ke dalam sekolah sambil buat muka selambanya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang kami
Pengumumam bergema didalam sekolah itu kerana menyuruh semua murid bergerak ke dewan. Entah dimana dewan terletak disekolah yang agak besar ini pada fikiran kami. Tidak lama kemudian seorang guru dan nampak dari gayanya guru displin mengiringi kami ke dewan. Apabila masuk,aku terlangar seorang pelajar tingkatan 3,lantas aku meminta maaf. Namun ucapan itu telah dibalas dengan tumbukan padu daripadanya yang tepat terkena perutku. Manusia mana agaknya boleh tahan dengan samseng “tahi kucing” macam ni.Aku ingin membalas perbuatannya itu namun ditahan oleh kawan-kawanku dan mengingatkan bahawa hari ini nerupakan hari pertama dan jangan cemarinya.
Hatiku umpama lava yang menuggu masa untuk meletus namun aku mampu menahannya. Ucapan pengaluan kehadiran kami ke sekolah ini telah disertakan didalam perhimpunan ini. Apabila tamat perhimpunan,kami diminta tunggu untuk proses kenal mengenal dintara pelajar. Majlis ini dirangkumi dengan pembahagian kumpulan bagi “sua kenal” dan diikuti dengan pembahagian kelas. Aku mendapat kelas kedua, namun aku berpuas hati dan sedar akan keputusan UPSR aku.Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya lagi”. Redha jelah. Proses pengenalan berjalan dengan lancar.
Aku dibawa ke kelas yang boleh dikatakan “indah khabar dari rupa”. Kelas kami terletak dihujung tingkat 3 dan merupakan tingkjat teratas sekali bersama kelas tingkatan 1 yang kecuali kelas A yang berada di bangunan yang lain. Hari itu aku mendapat ramai kawan baru dan kami rehat pada waktu yang telah ditetapkan. Dikantin pelbagai juadah yang telah disediakan namun hatiku tidak terdetik untuk makan lalu aku mengajak kawanku ke koperasi bagi membeli makanan yang ringan sahaja. Dari pengamatan aku,tempat itu tidak menonjolkan pelajar sekolah menengah kerana mereka tidak beratur dan ini melenyapkan fikiran aku tentang sekolah menengah lebih berdisplin. Hampeh betul,namun aku memebuat muka selambaku dengan memotong barisan dan mencelah dengan tubuhku yang lebih kecil berbanding “senior-senior” ini. Mereka merenungku seolah-olah memberi amaran jangan mendahului mereka namun aku buat seperti tidak nampak mereka.
Dua hari berada di sekolah itu dan keluargaku bercadang untuk menghantar aku untuk tinggal di asrama. Aku gembira kerana itu juga merupakan impian aku. Aku tiba dihalaman asrama itu diiringi oleh warden iaitu Cikgu A’sri setelah seisi pendaftaran selesai. Aku ditempatkan di Doom Jati dan mendapat sambutan mesra dari rakan-rakanku. Aku sedar cerita tentang asrama itu sebuah tempat yang teruk itu merupakan dongeng atau sahaja. Di asrama kami mengikut jadual yang telah ditetapkan dan disitulah aku berjumpa dengan perempuan yang sebaya yang menyebabkan aku jatuh hati. Boleh tahan gatal juga aku ni,bisik hatiku. Namanya seindah tuannya dan budi bahasanya pun boleh tahan. Orang tua-tua kata bila dah berkenan yang buruk pun nampak indah apabila dah berkenan. Asalnya aku berkenalan dengannya melalui rakan sekelasku yang tinggal diasrama itu juga dan merupakan perempuan merangkap kawan yang palik baik dengan si dia. Biarlah aku panggil siA sahaja bagi menambah suspen cerita ini. A merupakan pelajar kelas 1Amanah dan mendapat 3A agaknyalah. Yang ni sedap sikit aku nak cerita. Aku tahu sesiapa yang baca buku ini pasti ingin tahukan,namun cerita ini ditangguhkan pada bab2. Sabar-sabar.
No comments:
Post a Comment