Sunday, 22 April 2012

FiCtiOn(m/s 3)


M/s 3

Aku berjaga malam setelah selesai menunaikan solat Isyak ketika itu kerana inginkan menyiapkan kerja atau lebih tepat lagi karyaku untuk dihantar.Ilhamku yangku perolehi pada pagi tadi aku manfaatkan sebaik mungkin.Karya itu aku menceritakan tentang seorang jejaka yang jatuh hati pada bayangan seorang  perempuan yang cantik tapi hanya ilusi semata-mata dan akhirnya belum dapatku fikirkan lagi.Nada dering mesej telahku tetapkan bagi telefon bimbitku berbunyi lantas menghancurkan lamunanku yang seolah-olah sudah berada didalam cerita itu terbang begitu sahaja. Aku segera memeriksa yang masuk di telofon bimbitku,dan perkataan "hai" terpampang di skrin telefonku dan dihantar oleh seorang yang pernah bertempat dihatiku iaitu Hanis.


Aku menghelakan nafas panjang ketika ingin membalas mesej itu kerana dia merupakan bekas teman wanitaku waktuku di bangku sekolah dahulu.Banyak pengalaman pahit mahupun manis yang berlaku di waktu perhubungan kami itu dan masih segar dalam kepalaku.Dia seorang yang sangat cantik dan mempunyai tutur kata yang lembut disertai dengan suara yang merdu yang dicari para lelaki.Kami tidak dapat meneruskan hubungan kami mungkin kerana salahku yang tidak pandai mengambil hatinya.Kini sudah cukup tiga bulan setelah dia memetuskan hubungan kami dan dia menyepi begitu sahaja namun sekarang dia muncul dengan tiba-tiba.Aku hanya dapat berfikir dengan positif dia hadir  kini sebagai rakan dan bukan seorang yang istimewa.Setelah aku membalas mesejnya dia ingin menelefonku dan aku hanya mengikut katanya.


Deringan telefonku segera ku jawap dengan menjawap panggilan yangku sudah siapa yang menelefonku.Suara serak basah yang memberi salam bagaikan menyentap jantungku dan menggamit memoriku tentang sejarah ketika kami mempunyai hubungan yang istimewa dahulu. Aku hanya dapat membalas kata-katanya hanya dengan sepatah dua perkataan keranaku terlalu terbawa perasaanku hanya hampa ketiak itu."Di marah kat Hanis ke? kalau ya saya mintak maaf kat Di banyak-banyak,kata Hanis dengan nada yang memujukku.Suaraku tersekat-sekat menjawapnay dan menjawap aku tidak pernah marah kepadanya."Awak tak pernah ke rindu kat Hanis?Awak tak ingat ke kat saya"tanyanya berkali-kali kepadaku namun aku hanya dapat diam.
Kedengaran suara tangisan dari telefonku namun fikiranku buntu untuk bertindak apa ketika itu."Saya mintak maaf banyak-banyak kat awak sebab diam dan nak kita putus tapi saya menyesal sangat sekarang buat macam tu,saya sebenarnya suka kat orang lain masa itu dan ingat dia betul-betul nak kat saya tapi rupa-rupamya dia hanya mainkan saya,saya nak kita balik semula macam dulu-dulu"kata Hanis kepadaku sambil diiringi tangisannya.Sekeras-keras mana pun hati orang itu pasti akan lembut apabila mendengar tangisan kaum hawa seperti ini.Aku bukan tidak mahu meneruskan hubangan ini namun hatiku masih perit lagi dengan perlakuannya.


Namunku hanya mampu menyedapkan hatinya dengan mengataka aku amsih sayang padanya tapi aku perlukan masa untuk berfikir.Dia beransur-ansur reda dari tangisannya dan mengajak aku untuk berjumpa di taman yang berhampiran sungai di kampung kami.Aku hanya bersetuju kerana bimbang dia bersedih lagi. Setelah aku bersetuju moodnya menjadi ceria dan menceritakan tentang tempat yang dia pergi selepas tamat sekolah.Aku hanya sebagia pendengar setia tentang kisahnya dan kami berbual sehingga waktu menunjukkan pukul satu lebih.Hanis mengucapkan selamt malam dengan nada yang paling manja pernahku dengar dan mampu membuatku ceria.Setelah tamat perbualan itu aku menyambung kerjaku yang hanya berbaki penamatnya pada bab untuk cerita baruku itu.Setelah selesai aku meletakkan kepala dan dengan cepat aku dibuai mimpi.


BERSAMBUNG....................

No comments:

Post a Comment