Wednesday, 11 April 2012
bab 2(raptai hidup)
Aku mempunyai seorang “best friend” yang bernama Adie. Perwatakannya ialah dia ni seorang yang boleh dikatakan kaki perempuan kerana muka dia ni bolehlah diketegorikan hensem jugak dan bermodalkan muka dia tulah ramai yang terpikat ditambah dengan ayat-ayat dia yang “power rangernya” itu namun dia ni seorang setia kawan dan boleh berpegang pada janjinya. Dia juga tinggal diasrama bersamaku dan kam i memang akrab kerana kami ni banyak berkongsi rahsia. Rahsia itu tak boleh ceritalah kerana nama pun rahsia,kalau cerita tak jadi rahsia dah kan? Pada bulan 3, sekolah telah mengumumkan bahawa beberapa orang pelajar kelas B akn diserap ke kelas Amanah kerana kelas E akan ditutup kerana pelajar kurang. Aku sungguh gembira pada hari itu dan hari itu merupakan hari kokurikulum . Pada hari ini,merupakan titik tolak kepada perubahan hidupku. Pada waktu rehat tu sekumpulan pelajar dari tingkatan 4 datang ke kelas kami dan mengeledah beg-beg budak perempuan dan meminta pula wang daripada kami pelajar lelaki yang berada didalam kelas itu. Kami agak mengelabah namun kami mengawal diri kami.
Pada fikiran kami,kami bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Seorang dari mereka merupakan budak yang menumbuk aku pada hari pertamaku. Seorang dari kawanku keluar dan tidak beberapa lama kemudian dia datang membawa sekumpulan pelajar tingkatan 5 dan aku rasa “geng-geng” kampungnya dan dia menghalau budak-budak itu. Samseng-samseng itu keluar sambil membawa barang-barang yang diambil daripada beg budak perempuan tadi,aku sedar mereka masih tidak berpuas hati namun mereka terpaksa akur dengan orang lebih hebat daripada mereka. Dalam hatiku aku sangat bersyukur dan berharap perkara tu tidak berulang lagi. Tidakku sangka walaupin didalam kelas aku budak itu dianggap budak jahat namun dia sanggup menolong kami. Seperti aku nyatakan tadi,selain daripada peristiw ini terjadi satu peristiwa lagi yang aku takkan lupakan. Salah seorang daripada rakanku iatu Q. Aku dan dia selalu berjalan bersama-sama disekolah pada kebiasannya. Bak kata pepatah “kawan biarlah beribu musuh janganlah satu” agar kita selalu bahagia.
Orang kata cinta pandang pertama itu akan hadir untuk setiap manusia. Cinta boleh diketegorikan 3,yang pertama dari syaitan. Contoh,anda berjumpa dengan dia dan anda melakukan maksiat dan demi tutup malu, anda khawin dengan dia. Cinta ini tidak akan berkekalan. Yang kedua ialah cinta daripada Jin,contohnya anda suka kepada sidia namun sidia tidak lantas anda jumpa bomoh dan dia syok kepada anda dan anda khawin. Cinta ini sukar untuk bahagia. Yang ketiga ialah cinta daripada Allah. Anda berjumpa dengannya dan lantas jatuh cinta pada pandangan dan dia juga sama dan anda melamarnya dan dia terima. Anda berkhawin dan cinta ini semua diimpikan oleh manusia dan inilah “syurga cinta”. Macam kenal je dialog ni kan? Namun semua ini langsung tiada kaitan dengan aku ni. Aku berkenal dengan si dia ini apabila Adie ingin “tackle” budak kelas aku ini merangkap kepada kepada kawan karib si A ni. Aku mengenalkanlah Adie ini dengan kawanku ini dan aku berkenallah dengan si A ni.
Aku ni mengamalkan sikap “sambil menyelam minum air”. Sedang Adie asyik mengeluarkan ayat-ayatnya itu aku pun pergi berkenalan dengannya. Masa itu hanya Allah yang tahu tapi masa tu iman aku bolehlah tahan kuatnya,aku boleh lagilah mengawal perasaan aku dan aku menjarakkan kedudukan dengannya. Lagipun dia ni pun boleh tahan jugaklah imannya. Pada masa itu, perbuatannya semuanya manis sampai lemah lutut dibuatnya. Semua pembaca pun samakan? Buat-buat fahamlah kalau tak faham. Namun aku mendapat berita yang agak buruk, rupanya dia ada seorang abang di asrama itu. Berikutan dari itu bermulalah ‘MISI” ambik hati abangnya namun rupanya aku mempunyai seorang pesaing iaitu budak sebayaku tapi dia merupakan warden asrama itu. Dalam diriku berkataku berkta “berpanang ajal sebelum maut”. Macam nak berperang pulak aku tapi memang benar berperang untuk “cinta”. Abang dia ni memang serius orangnya dan aku kalah kerana dia lebih rapat dengan anak warden itu. Masih belum mengalah lagi,aku buat plan 2. Tak boleh hati abang,ambik hati ayahnya pulak. Memang berani mati aku be tul aku masa tu.
Ayahnya akan datang seminggu sekali untuk menghantar makanan dan masa itulah nak buat baik dengan menghantar barang ke abangnya. Aku sedar kalau nak dibandingkan wajah di sekolah itu memang aku yang kalah maklumlah muka aku ni bukan macam Kamal Adli namun aku bersyukur dan itu sebabnya abangnya lebih baik dengan anak warden berbanding aku ni. Tahun itu aku sukarlah sikit nak fokus tapi setelah dibimbing oleh Aidin kawanku didunia dan akhirat dan sekarang aku pun tak tahu dia hidup atau tak? Malam itu bermula acara mingguan budak-budak asramaku. Pertarungan perang bantal antara doom. Semua budak-budak baik dah tidur bagi mengelakkan mereka diserang dan semua budak tingkatan semua dah tidur. Aku tak tahulah macam mana aku boleh terlibat sama dalam aktiviti yang sangat bermanfaat ini. Aku dan geng-geng aku merupakan semua senior bersiap untuk pertandingan melawan jenior. Apabila mereka keluar dari tempat persembunyian,kami terus menyerang. Dalam keseronokkan itu,berbunyi suara lantang dan aku amat mengenali suara itu dan tindakan diambil ialah berlari ketempat tidur. Namun akhirnya aku menyerah diri,suara itui merupakan suara wardenku.
Kami dikumpulkan seperti banduan dan dikumpulkan di hadapan asrama untuk didenda. Kami “disebat” seorang demi seorang. Sakitnya hanya tuhan je tahu,sebenarnya tak sakit mana pun berbanding hati ini sebab aku tak pernah kena denda. Kami dikejutkan dengan hukuman yang pasti akanku ingat semua hidup. Kami di denda tidur tanpa beralaskan apa-apa di tempat kami berkumpul yang hanya beratapkan langit dan berlantaikan simen. Sejuk menikam kalbu tau. Kami tidur dengan agak melampau nyenyaknya. Pada subuh itu,mengikut kebiasannya ustaz atau lebih mesra “abi“ akan mengejutkan kami dengan deruman bunyi motosikalnya namun belum sempat dia memulas minyaknya dia terpena dengan melihat kami bergelimpangan di simen. Ungkapan yang patut diucapkan tidak diucapkan dan terus berlalu sahaja. Kami terus memasuki doom dan menukar pakaian,mujurlah hari itu hari terakhir dan boleh pulang. Kami tahu,kami akan deman setelah diseksa sebegitu rupa. Tapi redha jelah,kerana aku yang gatal sangat cari penyakit.
Pada sesuatu tragedi pasti ada suatu yang akan memberi pengajaran kepadaku. Salah satunya ialah peristiwa kehilangan telefon bimbit seniorku yang berada di tingkatan 5 dan merupakan rakan sekelas kakakku. Nak dijadikan cerita, mengikut cerita yang disampaikan dia ingin cepat pulang ke asrama dan kebanyakan yang tinggal disitu adalah junior. Akibat daripada peristiwa itu kami semua dipanggil dan dikumpulkan dan menunggu masa untuk dibicarakan,namun orang dah sedia maklum dengan sikapku lantas mengasingkanku,bukan ingin mengatakan aku baik tapi aku masa itu merupakan budak “skima”. Di asrama itu adalah seorang yang kurang ajar daripada sikap dan perbuatannya. Akibat daripada itu semua pelajar senior mengesyakinya dan terus menumbuknya,aku ni pun benci akan budak ini lantas turut serta membelasah budak itu kerana aku merupakan sekumpulan dengan budak senior itu dan aku akrab dengan mereka kerana kakakku sekelas dengan mereka. Walaupun daripada zahirnya aku agak baik namun dalamannya hanya aku je yang tahu. Budak itu juga seperti menunjukkan samsengnya dengan menjawap dengan kasar apa yang disoal. Bukan salah aku jugak.
Budak itu boleh juga teruk dipukul namun tidak mahu mengaku dan akhirnya dia memberitahu bahawa dia ternampak tetapi tidak ambil. Keesokannya, akibat heboh kehilangan henphon itu semua ahli asrama telah memberitahu bahawa pengawal telah mengambilnya namun tidak mengaku. Pada malam itu,juga kami sekumpulan menyerang rumah pengawal itu dan memaksanya mengaku. Akhirnya, senario berubah apabila pengawal ingin memulangkan henphon itu dan menyuruh anaknya mengambilnya didalam rumah dan memulangkannya. Aku berfikir agak kurang ajar juga geng-geng aku ni. Lepas itu kami beramai menaiki kereta yang dimiliki budak tingkatan 6 dan berhenti disebuah kedai makan,pada anggaran aku kami tiba pada lewat pagi juga dan bersembunyi untuk menyelinap memasuki asrama. Esoknya, aku menyuruh mereka meminta maaf dengan budak itu namun mereka berkata mereka bahawa m ereka memukul bukan kerana kes ini tapi kerana kebiadapan budak itu. Aku terus membisu kerana aku sedar aku yang paling muda disitu.yang penting aku sudah beritahu. Aku terus berjalan dengan mereka seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku
Di sekolah pemilihan pelajar untuk naik kelas telah disenaraikan dan aku merupakan salah seorang daripada mereka yang tertpilih. Siapa tak suka naik kelas kan?
Lokasi:
Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment