Saturday, 14 April 2012

Bab 3(raptai Hidup)


Sekarang sudah genap seminggu aku berada di kelas primier di sekolah ini. Kelas kami telah mengadakan seisi pemilihan ketua kelas yang baru kerana ketua kelas asal telah ditukarkan sekolah atas faktor-faktor displin. Walaupun masih baru di kelas itu,malahan masih sukar untuk mengingati nama-nama pelajar didalam kelas itu tertumanya perempuan aku sudah dicalonkan sebagai ketua kelas. Memang sejak zahir lagi agaknya aku dilahirkan sukar untuk bercakap dihadapan khalayak ramai. Apabila aku mula bercakap penyakit "ketar" aku akan menyerang sehingga maklumat yang aku ingin sampaikan tidak dapat diberikan dengan sebaik mungkin. Titik tolak aku mula bercakap dikhalayak ramai bernula pada hari yang masih mengamit memoriku sampai sekarang.

Apabila nama aku dipanggil kehadapan,suara-suara sumbang yang menyebut namaku bergema di ruang bilik darjah itu. Hatiku terdetik persoalan adakah itu sorakan semangat atau sebaliknya.Senario ini selalu terjadi keatas hidupku namun ketika itu benak fikiran aku hanya memikirkan apa cadangan yangku perlu berikan bagi mombolehkan aku menjadi ketua kelas seperti yang diharapkan mereka. Fikiran aku ketika itu kosong dan hanya memikirkan perkara-perkara karut seperti memanjangkan waktu rehat atau tiada sekolah untuk setahun. Jika aku memberi cadangan seperti inipasti aku menjadi bahan ketawa mereka. Aku memberi salam bagi membuka ucapanku,sebaik memperkenalakan diri guru kelasku Suzanie segera bertanya apa yang bakalku lakukan bagi menaikkan nama kelas. Seperti mendapat nafas baru,aku segera mengeluarkan hujah seperti akan mencantikkan kelas,menjaga kelakuan "anak buahku" yang glamor dengan kenakalan di sekolah itu namun tanpa berfikir panjang hanya itu saja hujah yang dapatku berikan.

Aku menyudahkan ucapanku dengan salam dan disambut dengan sorakan semangat dari rakan-rakan baruku. Keputusan ketua kelas itu berpihak kepadaku dengan peratusan pelajar memilihku  tinggi sedikit berbanding calon lain. Walaupun berat untuk menerima amanah ini namun aku sedar pasti ada hikmah disebaliknya. Jauh dari tempat dudukku siA atau lebih senang ku gelar Fatin tersenyum manis kearahku dan itu baru kali melihat kearahku sejak aku bertukar kelas ini. Loceng bergema seluruh sekolah menandakan waktu pulang namun pelajar harus bergerak ke surau bagi menunaikan solat zuhur. Aku segara mengalas beg dan menghalakan kakiku kearah surau.

Ketika ini terjadi adegen yang pasti akan diingati oleh pelajar.Ketika pelajar lain bergegas menuju kearah surau,ada segilintir pelajar akan memulakan acara "lompat pagar berjemaah". Suara nyaring cikgu seolah-olah seperti angin bagi mereka dengan berlari dan bersembunyi di dalam semak atau berlari ke kedai yang tidak jauh dari sekolah. Kadang-kadang aku terfikir apakah motif mereka melakukan semua itu kerana mereka akan naik bersama satu bas dengan pelajar yang pergi sembahyang. Mungkin mereka seronok dengan perbuatan sia-sia mereka. Aku pernah terdengar golongon yang kurang cerdik ini mungkin ingin menarik perhatian orang terhadap mereka kerana melalui akademik mereka tidak dapat menunjukkan potensi mereka lantas mereka menunjukkan dengan jalan ini. Sesudah sembahyang rutin aku seperti biasa ke kantin asrama untuk makan dan balik untuk mengulang kaji pelajaran. Sesekali mataku melihat kekiri dan kanan mencari susuk tubuh orang yang membuatku jatuh hati namun hampa. Kakiku segera dipercepatkan untuk pulang keasrama dengan pelbagai persoalan di mindaku.


Bunyi derapan kasut aku bergegas pulang ke asrema itu tidak setanding dengan hati aku yang merasa ada benda buruk yang akan berlaku atau bakal  berlaku di sana. Apabila kakiku melangkah memasuki pintu pagar asrama telingaku terdengar suara-suara orang bertengkar. Kakiku dengan "automatiknya" bergegas kearah suara itu. Kelihatan satu orang yang amat aku kenali dan tiga orang yang  kurangku senangi. Entah apa motif mereka bertengkar seperti tidak dipedulikan senior-senior lain malah memberi arahan untuk bertumbuk dan pergaduhan itu mencapai tahap yang mencemaskan apabila salah seorang mereka itu menummbuk pelajar yang sebaya dengan mereka sambil ditambah dengan penampar dan teranjang dari dua orang yang lain.

Pelajar yang aku kenali itu iaitu faiz hanya membiarkan tiga orang pelajar yang sebaya dengan mereka itu membelasahnya dan mengikut logiknya walaupun dia membalas belum tentu boleh menang. Setelah puas melepaskan geram mereka,mereka mengangkat faiz itu dan dibuang dalam "kolah". Pada ketika itu mereka seperti tidak mempunyai perikemanusian langsung dan langsung tidak menunjukkan kebijaksanaan mereka walaupun mereka merupakan pelajar harapn cemerlang sekolah. Setelah mereka berlalu,aku segera menaggalkan uniform sekolah dan segera mengangkat faiz sambil dibantu rakan-rakan lain. Tiga orang pelajar yang memukul faiz hanya melihat tanpa menahanku kerana mereka tahu aku memang rapat dengan senior-senior yang  lebih jahat dari mereka kerana kakakku merupakan sekelas dengan mereka.

Badan faiz lebam dan berdarah.dia hanya mampu berbaring tanpa mengeluarkan sebarang kata kerana menanggung kesakitan itu. Aku kagum melihatnya walaupun dipikul sedemikian dia langsung tidak mengeluarkan air mata. Apabila waktu maghrib aku hanya sembahyang ditepinya dan makan bersamanya dan tidak pergi ke surau kerana bimbang akan kesihatannya. Apabila dia melelapkan mata.aku terdengar bunyi seperti ada orang yang bercakap serta kedengaran bunyi yang aneh seperti suara budak menangis dan sebagainya berdekatan tandas asrama. Berita tentang penghuni asrama yang diganggu itu bukan perkara luar biasa bagiku malahan itu merupakan tajuk pertama yangku tahu ketika memasuki asrama. Bunyi itu semakin kuat menerjah ke telingaku,namun aku masih mempunyai kekuatan ketika itu lantas aku membaca pelbagai ayat-ayat suci yang terlintas difikiranku. Semakin lama bunyi itu sudah berkurangan dan hilang,aku segera meninjau ketempat datang bunyi itu dan mataku hanya mampu melihat ada darah yang pekat didinding dan hilang begitu sahaja. Aku segera membuka langkah seribu meninggalkan kawasan tersebut bukan kerana takut tetapi hanya melepaskan diri dari tempat itu dan pulang kesisi faiz. Dari jauh kedengaran wardenku memberi salam dan dia menyuruh rakanku menggantikanku dan aku segera ke bilik belajar untuk mengisi ilmu dan menyiapkan kerja rumah.

No comments:

Post a Comment