Thursday, 26 April 2012

FiCtiOn m/s 4




M/S 4 

Hari ini  aku akan berjumpa dengan Hanis seperti yang dijanjikan tempat yang telah kami aturkan.Perjalanan aku kesana diikuti dengan hatiku yang perit kerana  mengenangkan kisah yang pernah kami lalui,ingin aku lupakan namun mindaku seperti sukar untuk memadam dari ingatanku.Pertemuan kami ini aku rahsiakan dari pengetahuan ibubapaku kerana aku hanya anggap pertemuan ini sebagai pertemuan biasa.Aku hanya menggunakan motosikal yang diberi oleh abi kerana tempat yangku tuju jauh agak jauh,walaupun bukan motosikal baru tapi aku tidak pernah malu untuk menggunakannya.Angin yang kuat sepanjang perjalananku kerana aku agak laju memandu motosikalku seolah-olah melayan perasaanku yang berat ini.Dari kejauhan aku dapat melihat papan tanda taman menanda aku sudah sampai.

Aku segera menekan numbor Hanis dan membuat panggilan walaupun dalam keadaan pada mula-mulanya aku teragak-agak untuk menelefonnya namun alang-alang aku sudah sampai baikku teruskan sahaja.Aku tidak perlu menunggu lama panggilanku dijawap,suara yang merdu jelas kedengaran dari telefonku."Awak ada kat mana?"tanyaku dengan suara yang tersekat-sekat."Hanis ada dekat tepi kolam ni,kat tempat biasa kita jumpa"jawapnya dengan suara yang agak ceria.Aku segera memutuskan panggilan kerana aku sudah biasa dengan tempat yang dimaksudkan.Aku segera memakir motosikal di tempat yang disediakan,namun aku dapat merasakan orang di taman ketika itu agak kurang kerana bilangan motosikan yang sedikit.

Aku memepercepatkan langkahku apabila telefonku berbunyi nada mesej Hanis yang telahku tetapkan.Aku tidak perlu membaca isi kandungannya kerana dia mesti bertanya aku berada dimana.Bungkusan yang  mengandungi "Cadbury" aku ambil dari raga motosikalku tadi ku genggam dengan erat kerana hanya itu mampuku berikan kepadanya.Dari jauh aku dapat lihatnya yang duduk dibangku kerusi sambil melambai-lambai kearahku.Aku hanya mampu membalas dengan senyumanku yang agak berat kepadanya.Aku sampai dihadapannya sambil menghulurkan "buah tangan" yangku bawa.Dia mempelawaku duduk dan menarik tanganku untuk duduk dengannya.Aku seperti "boneka" dihadapannya dan mengikut apa sahaja yang disuruh tanpa daya untuk membantah kelakuannya itu.Aku duduk ditepi tanpa mengeluarkan sepatah kata kerana di mindaku langsung tiada topik ingin ku tanyakan kepadanya walaupun ketika dirumahku tadi pelbagai persoalan yangku ingin tanyakan kepadanya.

"Awak sihat? "itu merupakan soalan pertama yang ditanyakannya kepadaku.Aku menanggukkan kepalaku dan memandang tepat ke mukanya,namun dia segera memalingkan mukanya kearah lain.Timbul persoalan di kepalaku "adakah dia langsung tiada serba salah terhadap apa yang dilakukan kepadaku selama ini?Aku tidak mampu mengeluarkan persoalan itu kepadanya kerana mulutku terkunci apabila berada dihadapannya.Tiba-tiba,aku terdengar di tepiku lalu kau memalingkan muka kearahnya,pipinya yang halus itu.Belum sempatku mengeluarkan sepatah kata dia memelukku sambil menangis teresak-esak.Aku tidak tahu untuk melakukan apa-apa untuknya dan untuk menangkannya ketika itu.Aku hanya membiarkan dia menangis sepuas-puasnya dan tidak lama kemudian tangisan itu reda.Aku tidak tahu apa yang dilaluinya sepanjang dia meninggalkanku namun dalam hatiku masih ada hampa dengan tindakannya."kenapa ni Hanis?Saya ada buat salah ke?tanyaku walaupunku tahu dia sedang rasa bersalh terhadapku.Dia hanya menggelengkan kepala sambil memelukku dengan semakin erat lagi.

Apabila dia berhenti menanggis,dia menceritakan tentang bekas teman lelakinya hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kedaifannya.Bekas teman lelakinya atau Hafiz hanya mengambil hatinya kerana dia telah membuat pertaruhan dengan rakannya untuk mempermainkan Hanis.Aku bukan tidak pernah kenal akn insan bernama Hafiz itu namun aku pernah menasihati Hanis namun dia tidak pernah mempedulikannya.Kata Hanis lagi dia tidak suka untuk melihat Hanis memakai tudung kerana itu merupakan pakaian yang ketinggalan zaman,namun Hanis hanya menurut sahaja kemahuannya.Pada kemuncuknya Hanis sedar apabila Hafiz mengajaknya pergi debgan menaiki kereta dan ke taman di waktu malam dan apabila dia pasti tiada orang dia memegang Hanis dan cuba mengambil kesempatan terhadap Hanis. Tapi Tuhan lebih berkuasa dan melindung Hanis kerana ketika kejadian itu ahli Rukun Tetangga sempat menyelamatkannya yang kebetulan meronda di kawasan itu.Cerita yang disampaikan oleh Hanis iu amat mengejutkan aku dan aku bersyukur dia terselamat.Setelah bercerita dia kembali ceria seperti Hanis yang pernah ku kenali dahulu dan sayang dulu.

Bersambung............

No comments:

Post a Comment