Thursday, 19 April 2012

FiCtiOn(m/s 2)


M/s 2

Suasana kampung yang permai itu banyak memberi pengalaman kepadaku untuk membina hidupku menjadi cemerlang seperti sekarang. Kadang-kadang walaupun kampungku pernah disenarai gelap sebagai kampung yang teruk kerana pernah menjadi kampung yang digeruni kerana aktiviti-aktiviti yang mereka yang terlalu sosial namun semua itu dulu tapi "badi" itu tidak dapat dibuang hingga sekarang. Deruan air sungai menandakan aku semakin hampir dengan kawasan yang aku tujui.Kelibat Adlin dan Suffian belum lagi kelihatan,aku sudah berjanji dengan mereka untuk mandi di sungai. Aku meninjau jika ada basikal mereka disitu namun hampa.Aku terus memusingkan badanku apabila terdengar bunyi motosikal yang semakin hampir denganku dan kelihatan Adlin sedang memboceng Suffian. "Wah!motor baru nampaknya,patut pum aku tak nampak basikal korang,tegurku sambil melihat motor yang nombor pendaftaran yang masih belum terusik lagi. "Ayah aku yang bagi moto ni di,kata ayahku zaman sudah maju,jawap Adlin sambil menongkat motor barunya itu sambil tersenyum bangga.
Aku tidak hairan kerana keluarganya menternak  ayam dan merupakan peternak terbesar didaerah itu. Aku segera turun ke piggir sungai dan menukar baju lalu mencuba air dengan jariku.Walaupun sudah tengahari air ketika itu,air sungai itu sangat sejuk sehingga seperti air batu.Cahaya matahari ketika itu membahang kulitku yang tidak memakai baju itu sehingga berpeluh lantas tanpa berfikir panjang aku terjun kedalam sungai itu walaupun ketika itu rakan-rakanku sedang sibuk dengan menukar pakaian.Terasa kedinginan air itu dapat menyembuhkan semula fungsi mindaku yang serabut memikir idea untuk menyiapkan karyaku.Walaupun aku dikenali sebagai budak-budak yang tidak aktif dalam sukan kerana badanku yang kurus namun aku suka akan aktiviti yang lasak.
Setelah puas menyelam dan berenang aku segera mendekati rakanku yang belum siap menukar pakaian."Korang ni nak mandi ke? Nak pergi ke bandar? tegurku dengan nadayang sinis. Mereka hanya tersenyum lantas terjun kedalam sungai dan meniggalkanku di pinggir sungai itu.Setelah mandi hampir satu jam,kami bertolak balik dan berpecah untuk pulang kerumah kerana rumahku terletak dihujung kampung.Dalam perjalanan pulang itu imej wanita yang keluar dalam mimpiku masih segar dalam ingatanku.Lantas aku berfikir mungkin aku memberi tajuk cerita baruku "ilusi".Aku tersenyum puas dengan angan_anganku itu.Aku mempercepatkan kayuhanku apabila terdengar suara azan yang datang dari surau yang berdekatanku.Apabila sampai aku segera naik kerumahku dan terus meneruskan amanahku.

No comments:

Post a Comment