Monday, 30 April 2012

FiCtIOn(m/s 5)


M/S 5


Pertemuan semalam dengan Hanis walaupun sekejap masih segar dalam ingatanku kerana bagiku banyak peristiwa yang tidak pernah ku rancang berlaku semalam.Hanis dulu aku kenal sebagai seoerang yang amat tabah,ceria dan tidak pernah berputus asa sudahku kenali dengan lebih dalam lagi.Senario yang berlaku didalam taman itu entah mengapa tidak merubah mana hatiku terhadapnya seolah-olah sudah tertutup rapat pintuku kepadanya walaupun setelah melihat air matanya kerana kata orang "senjata" wanita adalah air mata namun mungkin air matanya tidak berkesan langsung kepadaku.Hari ini entah macam mana aku bangun lebih awal daripada biasa.Ini mungkin sebab aku terlalu fikirkan masalah aku dan Hanis namun sedang fikiran aku berada di awangan,satu mesej menghancurkan lamunan dariku.

Terpampang nama salah seorang kawanku yang amat rapat dariku dan tujuannya untuk mengajak aku pergi mencari kerja maklumlah aku sudah lama menanam "anggur" semenjak aku berhenti dari sekolah.Aku membalas mesejya dan mengatakan aku bersetuju untuk mengikutinya memohon pekerjaan dan aku segera bilik air untuk mandi dan mempersiapkan diri kerana dia mengatakan aku, dia akan sampai cepat kerumahku maklumlah rumah kami tidak jauh mana.Setelah aku siap menyiapkan diriku dengan kadar yang sederhana kerana aku sedar aku ni bukan mempunyai paras rupa yang menarik untuk dipamerkan.Baju yangku pakai ku tambah lagi dengan baju sejukku kerana faktor badanku yang kurus menyebabkan  aku mudah sejuk.Aku segera memaklumkan kepada umiku bahawa aku akan keluar dan umiku hanya memberi kata semangat kepadaku dan akan mendoakan aku supaya aku mudah mendapat pekerjaan.

Sementara menunggu rakanku tiba aku mencapai telefon bimbitku dan memasang lagu kesukaanku untuk mengisi masaku.Lagu  nyayian "Ramzi" dan "backstreet boy" menjadi lagu yang palingku minati.Sedang aku khusyuk mendengar lagu,bunyi motosikal yang kuat sudahku dapat teka kepunyaan siapa kerana aku sudah terbiasa dengannya.Lagu yang sedangku mainkan segaraku berhentiakn dan segera mencapai "helmet"ku yang sudahku letak diatas motosikal dan aku segera menghidupkan motosikalku."Jomlah kita pergi" kata zul sebaik saja sampai dihadapan rumahku.Tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan kami ke Bandar Kuala Berang  bagi memohon pekerjaan kerana itu merupakan "lubuk rezeki"paling dekat dengan kawasan kami.Sebaik sahaja sampai di bandar,kami berhenti seketika untuk berehat kerena perjalanan kami mememakan masa setengah jam. Sementara menikmati air yang kemi pesan di kedai itu,mata kami ligat mencari "jawatan kosong".

Pencarian kami dikawasan itu buntu kerana kami tiada pengalaman dalam pekerjaan dan itu menyukarkan kami untuk mendapat pekerjaan walaupun kami sudah berusaha untuk meminta dari pasaraya hingga ke kedai makan dan warung namun hanya menemui kekecewaan.Mungkin disini bukan rezeki kami namun kami tidak berputus asa dan dalam kami bercadang untuk memohon pekerjaan di Bandaraya Kuala Terengganu.Dalam perjalanan kami menuju ke bandaraya,pasaraya yang kami temui kami memohon pekerjaan namun mereka hanya akan menelefon balik jika ada kekosongan.Akhirnya kami sampai ke pasaraya Gaint untuk memohon pekerjaan tapi hatiku berat untuk meminta pekerjaan disana dan kami sepakat untuk meminta kerja di tempat lain.

'Bagai bulan jatuh ke riba" sebaik sahaja kami sampai ke Pasaraya yang menjadi pilihan penduduk negeri ini dengan spontan aku bertanya kepada pengawal pintu masuk pasaraya itu tentang jawatan kosong dan memang mereka tengah mencari pekerja.Kami tersenyum gembira dan dia menyuruh kami bercakap dengan "supervisor keselamatan" dan dia sudi membantu kami.Encik Azmi menyuruk kami datang esok kerena pakaian kami tidak boleh untuk menjalani proses temujanji. Kami faham kerana kami memakai seluar jeans dan tidak membawa langsung dokumen yang menunjukkan pendidikan kami.Kami meminta numbor telefonnya dan meminta diri serta berterima kasih kepadanya,sekurang-kurangnya kami dapat pulang dengan senyuman

Bersambung.............

No comments:

Post a Comment