Monday, 30 April 2012

FiCtIOn(m/s 5)


M/S 5


Pertemuan semalam dengan Hanis walaupun sekejap masih segar dalam ingatanku kerana bagiku banyak peristiwa yang tidak pernah ku rancang berlaku semalam.Hanis dulu aku kenal sebagai seoerang yang amat tabah,ceria dan tidak pernah berputus asa sudahku kenali dengan lebih dalam lagi.Senario yang berlaku didalam taman itu entah mengapa tidak merubah mana hatiku terhadapnya seolah-olah sudah tertutup rapat pintuku kepadanya walaupun setelah melihat air matanya kerana kata orang "senjata" wanita adalah air mata namun mungkin air matanya tidak berkesan langsung kepadaku.Hari ini entah macam mana aku bangun lebih awal daripada biasa.Ini mungkin sebab aku terlalu fikirkan masalah aku dan Hanis namun sedang fikiran aku berada di awangan,satu mesej menghancurkan lamunan dariku.

Terpampang nama salah seorang kawanku yang amat rapat dariku dan tujuannya untuk mengajak aku pergi mencari kerja maklumlah aku sudah lama menanam "anggur" semenjak aku berhenti dari sekolah.Aku membalas mesejya dan mengatakan aku bersetuju untuk mengikutinya memohon pekerjaan dan aku segera bilik air untuk mandi dan mempersiapkan diri kerana dia mengatakan aku, dia akan sampai cepat kerumahku maklumlah rumah kami tidak jauh mana.Setelah aku siap menyiapkan diriku dengan kadar yang sederhana kerana aku sedar aku ni bukan mempunyai paras rupa yang menarik untuk dipamerkan.Baju yangku pakai ku tambah lagi dengan baju sejukku kerana faktor badanku yang kurus menyebabkan  aku mudah sejuk.Aku segera memaklumkan kepada umiku bahawa aku akan keluar dan umiku hanya memberi kata semangat kepadaku dan akan mendoakan aku supaya aku mudah mendapat pekerjaan.

Sementara menunggu rakanku tiba aku mencapai telefon bimbitku dan memasang lagu kesukaanku untuk mengisi masaku.Lagu  nyayian "Ramzi" dan "backstreet boy" menjadi lagu yang palingku minati.Sedang aku khusyuk mendengar lagu,bunyi motosikal yang kuat sudahku dapat teka kepunyaan siapa kerana aku sudah terbiasa dengannya.Lagu yang sedangku mainkan segaraku berhentiakn dan segera mencapai "helmet"ku yang sudahku letak diatas motosikal dan aku segera menghidupkan motosikalku."Jomlah kita pergi" kata zul sebaik saja sampai dihadapan rumahku.Tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan kami ke Bandar Kuala Berang  bagi memohon pekerjaan kerana itu merupakan "lubuk rezeki"paling dekat dengan kawasan kami.Sebaik sahaja sampai di bandar,kami berhenti seketika untuk berehat kerena perjalanan kami mememakan masa setengah jam. Sementara menikmati air yang kemi pesan di kedai itu,mata kami ligat mencari "jawatan kosong".

Pencarian kami dikawasan itu buntu kerana kami tiada pengalaman dalam pekerjaan dan itu menyukarkan kami untuk mendapat pekerjaan walaupun kami sudah berusaha untuk meminta dari pasaraya hingga ke kedai makan dan warung namun hanya menemui kekecewaan.Mungkin disini bukan rezeki kami namun kami tidak berputus asa dan dalam kami bercadang untuk memohon pekerjaan di Bandaraya Kuala Terengganu.Dalam perjalanan kami menuju ke bandaraya,pasaraya yang kami temui kami memohon pekerjaan namun mereka hanya akan menelefon balik jika ada kekosongan.Akhirnya kami sampai ke pasaraya Gaint untuk memohon pekerjaan tapi hatiku berat untuk meminta pekerjaan disana dan kami sepakat untuk meminta kerja di tempat lain.

'Bagai bulan jatuh ke riba" sebaik sahaja kami sampai ke Pasaraya yang menjadi pilihan penduduk negeri ini dengan spontan aku bertanya kepada pengawal pintu masuk pasaraya itu tentang jawatan kosong dan memang mereka tengah mencari pekerja.Kami tersenyum gembira dan dia menyuruh kami bercakap dengan "supervisor keselamatan" dan dia sudi membantu kami.Encik Azmi menyuruk kami datang esok kerena pakaian kami tidak boleh untuk menjalani proses temujanji. Kami faham kerana kami memakai seluar jeans dan tidak membawa langsung dokumen yang menunjukkan pendidikan kami.Kami meminta numbor telefonnya dan meminta diri serta berterima kasih kepadanya,sekurang-kurangnya kami dapat pulang dengan senyuman

Bersambung.............

Thursday, 26 April 2012

FiCtiOn m/s 4




M/S 4 

Hari ini  aku akan berjumpa dengan Hanis seperti yang dijanjikan tempat yang telah kami aturkan.Perjalanan aku kesana diikuti dengan hatiku yang perit kerana  mengenangkan kisah yang pernah kami lalui,ingin aku lupakan namun mindaku seperti sukar untuk memadam dari ingatanku.Pertemuan kami ini aku rahsiakan dari pengetahuan ibubapaku kerana aku hanya anggap pertemuan ini sebagai pertemuan biasa.Aku hanya menggunakan motosikal yang diberi oleh abi kerana tempat yangku tuju jauh agak jauh,walaupun bukan motosikal baru tapi aku tidak pernah malu untuk menggunakannya.Angin yang kuat sepanjang perjalananku kerana aku agak laju memandu motosikalku seolah-olah melayan perasaanku yang berat ini.Dari kejauhan aku dapat melihat papan tanda taman menanda aku sudah sampai.

Aku segera menekan numbor Hanis dan membuat panggilan walaupun dalam keadaan pada mula-mulanya aku teragak-agak untuk menelefonnya namun alang-alang aku sudah sampai baikku teruskan sahaja.Aku tidak perlu menunggu lama panggilanku dijawap,suara yang merdu jelas kedengaran dari telefonku."Awak ada kat mana?"tanyaku dengan suara yang tersekat-sekat."Hanis ada dekat tepi kolam ni,kat tempat biasa kita jumpa"jawapnya dengan suara yang agak ceria.Aku segera memutuskan panggilan kerana aku sudah biasa dengan tempat yang dimaksudkan.Aku segera memakir motosikal di tempat yang disediakan,namun aku dapat merasakan orang di taman ketika itu agak kurang kerana bilangan motosikan yang sedikit.

Aku memepercepatkan langkahku apabila telefonku berbunyi nada mesej Hanis yang telahku tetapkan.Aku tidak perlu membaca isi kandungannya kerana dia mesti bertanya aku berada dimana.Bungkusan yang  mengandungi "Cadbury" aku ambil dari raga motosikalku tadi ku genggam dengan erat kerana hanya itu mampuku berikan kepadanya.Dari jauh aku dapat lihatnya yang duduk dibangku kerusi sambil melambai-lambai kearahku.Aku hanya mampu membalas dengan senyumanku yang agak berat kepadanya.Aku sampai dihadapannya sambil menghulurkan "buah tangan" yangku bawa.Dia mempelawaku duduk dan menarik tanganku untuk duduk dengannya.Aku seperti "boneka" dihadapannya dan mengikut apa sahaja yang disuruh tanpa daya untuk membantah kelakuannya itu.Aku duduk ditepi tanpa mengeluarkan sepatah kata kerana di mindaku langsung tiada topik ingin ku tanyakan kepadanya walaupun ketika dirumahku tadi pelbagai persoalan yangku ingin tanyakan kepadanya.

"Awak sihat? "itu merupakan soalan pertama yang ditanyakannya kepadaku.Aku menanggukkan kepalaku dan memandang tepat ke mukanya,namun dia segera memalingkan mukanya kearah lain.Timbul persoalan di kepalaku "adakah dia langsung tiada serba salah terhadap apa yang dilakukan kepadaku selama ini?Aku tidak mampu mengeluarkan persoalan itu kepadanya kerana mulutku terkunci apabila berada dihadapannya.Tiba-tiba,aku terdengar di tepiku lalu kau memalingkan muka kearahnya,pipinya yang halus itu.Belum sempatku mengeluarkan sepatah kata dia memelukku sambil menangis teresak-esak.Aku tidak tahu untuk melakukan apa-apa untuknya dan untuk menangkannya ketika itu.Aku hanya membiarkan dia menangis sepuas-puasnya dan tidak lama kemudian tangisan itu reda.Aku tidak tahu apa yang dilaluinya sepanjang dia meninggalkanku namun dalam hatiku masih ada hampa dengan tindakannya."kenapa ni Hanis?Saya ada buat salah ke?tanyaku walaupunku tahu dia sedang rasa bersalh terhadapku.Dia hanya menggelengkan kepala sambil memelukku dengan semakin erat lagi.

Apabila dia berhenti menanggis,dia menceritakan tentang bekas teman lelakinya hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kedaifannya.Bekas teman lelakinya atau Hafiz hanya mengambil hatinya kerana dia telah membuat pertaruhan dengan rakannya untuk mempermainkan Hanis.Aku bukan tidak pernah kenal akn insan bernama Hafiz itu namun aku pernah menasihati Hanis namun dia tidak pernah mempedulikannya.Kata Hanis lagi dia tidak suka untuk melihat Hanis memakai tudung kerana itu merupakan pakaian yang ketinggalan zaman,namun Hanis hanya menurut sahaja kemahuannya.Pada kemuncuknya Hanis sedar apabila Hafiz mengajaknya pergi debgan menaiki kereta dan ke taman di waktu malam dan apabila dia pasti tiada orang dia memegang Hanis dan cuba mengambil kesempatan terhadap Hanis. Tapi Tuhan lebih berkuasa dan melindung Hanis kerana ketika kejadian itu ahli Rukun Tetangga sempat menyelamatkannya yang kebetulan meronda di kawasan itu.Cerita yang disampaikan oleh Hanis iu amat mengejutkan aku dan aku bersyukur dia terselamat.Setelah bercerita dia kembali ceria seperti Hanis yang pernah ku kenali dahulu dan sayang dulu.

Bersambung............

Sunday, 22 April 2012

FiCtiOn(m/s 3)


M/s 3

Aku berjaga malam setelah selesai menunaikan solat Isyak ketika itu kerana inginkan menyiapkan kerja atau lebih tepat lagi karyaku untuk dihantar.Ilhamku yangku perolehi pada pagi tadi aku manfaatkan sebaik mungkin.Karya itu aku menceritakan tentang seorang jejaka yang jatuh hati pada bayangan seorang  perempuan yang cantik tapi hanya ilusi semata-mata dan akhirnya belum dapatku fikirkan lagi.Nada dering mesej telahku tetapkan bagi telefon bimbitku berbunyi lantas menghancurkan lamunanku yang seolah-olah sudah berada didalam cerita itu terbang begitu sahaja. Aku segera memeriksa yang masuk di telofon bimbitku,dan perkataan "hai" terpampang di skrin telefonku dan dihantar oleh seorang yang pernah bertempat dihatiku iaitu Hanis.


Aku menghelakan nafas panjang ketika ingin membalas mesej itu kerana dia merupakan bekas teman wanitaku waktuku di bangku sekolah dahulu.Banyak pengalaman pahit mahupun manis yang berlaku di waktu perhubungan kami itu dan masih segar dalam kepalaku.Dia seorang yang sangat cantik dan mempunyai tutur kata yang lembut disertai dengan suara yang merdu yang dicari para lelaki.Kami tidak dapat meneruskan hubungan kami mungkin kerana salahku yang tidak pandai mengambil hatinya.Kini sudah cukup tiga bulan setelah dia memetuskan hubungan kami dan dia menyepi begitu sahaja namun sekarang dia muncul dengan tiba-tiba.Aku hanya dapat berfikir dengan positif dia hadir  kini sebagai rakan dan bukan seorang yang istimewa.Setelah aku membalas mesejnya dia ingin menelefonku dan aku hanya mengikut katanya.


Deringan telefonku segera ku jawap dengan menjawap panggilan yangku sudah siapa yang menelefonku.Suara serak basah yang memberi salam bagaikan menyentap jantungku dan menggamit memoriku tentang sejarah ketika kami mempunyai hubungan yang istimewa dahulu. Aku hanya dapat membalas kata-katanya hanya dengan sepatah dua perkataan keranaku terlalu terbawa perasaanku hanya hampa ketiak itu."Di marah kat Hanis ke? kalau ya saya mintak maaf kat Di banyak-banyak,kata Hanis dengan nada yang memujukku.Suaraku tersekat-sekat menjawapnay dan menjawap aku tidak pernah marah kepadanya."Awak tak pernah ke rindu kat Hanis?Awak tak ingat ke kat saya"tanyanya berkali-kali kepadaku namun aku hanya dapat diam.
Kedengaran suara tangisan dari telefonku namun fikiranku buntu untuk bertindak apa ketika itu."Saya mintak maaf banyak-banyak kat awak sebab diam dan nak kita putus tapi saya menyesal sangat sekarang buat macam tu,saya sebenarnya suka kat orang lain masa itu dan ingat dia betul-betul nak kat saya tapi rupa-rupamya dia hanya mainkan saya,saya nak kita balik semula macam dulu-dulu"kata Hanis kepadaku sambil diiringi tangisannya.Sekeras-keras mana pun hati orang itu pasti akan lembut apabila mendengar tangisan kaum hawa seperti ini.Aku bukan tidak mahu meneruskan hubangan ini namun hatiku masih perit lagi dengan perlakuannya.


Namunku hanya mampu menyedapkan hatinya dengan mengataka aku amsih sayang padanya tapi aku perlukan masa untuk berfikir.Dia beransur-ansur reda dari tangisannya dan mengajak aku untuk berjumpa di taman yang berhampiran sungai di kampung kami.Aku hanya bersetuju kerana bimbang dia bersedih lagi. Setelah aku bersetuju moodnya menjadi ceria dan menceritakan tentang tempat yang dia pergi selepas tamat sekolah.Aku hanya sebagia pendengar setia tentang kisahnya dan kami berbual sehingga waktu menunjukkan pukul satu lebih.Hanis mengucapkan selamt malam dengan nada yang paling manja pernahku dengar dan mampu membuatku ceria.Setelah tamat perbualan itu aku menyambung kerjaku yang hanya berbaki penamatnya pada bab untuk cerita baruku itu.Setelah selesai aku meletakkan kepala dan dengan cepat aku dibuai mimpi.


BERSAMBUNG....................

Friday, 20 April 2012

RaPTaI hiDuP


BaB 4

Pagi menjelma setelah kejadian semalam yang masih segar dalam ingataku dan aku amat bersimpati dengan keadaan Faiz.Sebelum aku keluar melangkah keluar dari asrama pagi tadi kelihatan ibunya datang menjemput dan aku sempat menolongnya menghantar ke kereta. Pertolanganku itu dibalas dengan senyumannya yang pahit menahan kesakitan yang amat sangat.Hariku seperti biasa setelah dilantik sebagai ketua kelas dengan melaksanakan tugasku yang sepatutnya.Kami melaksanakan tugas seperti membersihkan kelas kami bagi tujuan menambah semangat dalam kami menunutut ilmu pada setiap hari.


 Hari itu dapatku rasakan berlalu dengan cepat,aku segera mempercepatkan langkahku pulang ke asrama bagi tujuan merehatkan diri setelah menunaikan solat zuhar dan makan tadi.Makanan yang tersedia dihadapnku hanya ku sentuh sedikit kerana aku langsung tidak mempunyai selera kerana dirumaku juga aku seperti kebiasaan hanya makn jika perlu sahaja atau lebih betul lagi waktuku perutku sangat memerlukan makanan.Aku memasuki asrama dan terus menyimpan beg dan menyalin baju lantas terus ke bilik air untuk mandi.Kesegaran air "kolah" itu seolah-olah dapat membuang segala masalah yang pernahku alami,ikutkan hatiku aku tidak ingin meninggalkan bilik air ini namun aku harus mengalah dengah jadual terperinci yang disediakan oleh wardenku keranaku harus ke bilik belajar untuk mengulang kaji atau menambah pengetahuanku tentang pelajaran. 


Baju yangku pakai itu aku hanya memakai ala kadar sahaja kerana pada pemikiranku aku tidak perlu bergaya dihadapan kaum sejenisku ini. Aku memasukka buku sejarah dan latihan geografiku untuk dibawa kebilik belajar.Kakiku aku percepatkan bagi sampai ke bilik belajar kerana bimbang sekiranya  aku tidak menepati waktu.Aku terus duduk ditepi kawan karibku Aidin kerana dia merupakan pelajar cemerlang dan tua setahun dariku bagi memudahkan aku mengulang kaji pelajaranku.Belum sempatku memanaskan tempat dudukku,bunyi suara orang menjerit jelas kedengaran.Tanpa mempedulikan waktu belajar ketika itu,semua penghuni asrama putera bergegas ke "tempat kejadian". Dari jauh kami dapat melihat warden kami sedang menangkan seoerang lelaki yang berusia 30-an sedang mengamuk kerana mengatakan anaknya dipukul.Rakan disebelahku membisik kepadaku dan mengatakan itu merupakan ayah faiz. Aku hanya dapat membalas kenyataan itu dengan hanya menaggukkan kepalaku kerana melihat wajah cemas wardenku ketika itu,kadang-kadang lucu pula memikirkannya.


Lelaki itu bertindak liar dengan  memanggil ketiga-tiga orang budak yang memukul anaknya jika tidak dia akan memukul semua orang dalam asrama itu.Kerana ketakutan ketiga-tiga budak itu keluar namun sebelum sempat mengeluarkan sepatah kata salah seorang meraka dipegang dan diheret dan dilagakan kepalanya kepada tiang asrama itu.Budak itu terhuyung-hayang dan kepalanya berdarah.Warden ketika itu hanya dapat melihat sahaja tanpa mengambil sebarang tindakan.Mangsa seterusnya diteranjang sehingga dia tidak dapat berdiri dengan betul dan kawannya ditumbuk oleh lelaki itu dan dicampakkan ke longkang.Dia bangun dan melarikan diri dari situ seperti "cicak yang putus ekor" namun drama "aksi" ini belum berakhir dan memanggil seorang senior yang benama Shahrul Nizam atau lebih glamor sebagai "kosor". Dia memunculkan  diri setelah nama dia dipanggil dan seperti mangsa lain lelaki itu cuba menumbuknya namun dia dapat mengelak.


Lelaki itu dapat memegangnya dan mengatakan dia yang menjadi "batu api" kepada perbalahan ini.Kerana fizikalnya kurus itu,ayah faiz menumbuknya sebelum menerajangnya hingga dia melanggar pasu bunga.Namun pergaduhan itu dapat dihentikan dan lelaki itu berhenti apabila mendengar suara yang lantang sambil diiringi dengan zikir-zikir yang memuji nama Allah.


BERSAMBUNG.........................

Thursday, 19 April 2012

FiCtiOn(m/s 2)


M/s 2

Suasana kampung yang permai itu banyak memberi pengalaman kepadaku untuk membina hidupku menjadi cemerlang seperti sekarang. Kadang-kadang walaupun kampungku pernah disenarai gelap sebagai kampung yang teruk kerana pernah menjadi kampung yang digeruni kerana aktiviti-aktiviti yang mereka yang terlalu sosial namun semua itu dulu tapi "badi" itu tidak dapat dibuang hingga sekarang. Deruan air sungai menandakan aku semakin hampir dengan kawasan yang aku tujui.Kelibat Adlin dan Suffian belum lagi kelihatan,aku sudah berjanji dengan mereka untuk mandi di sungai. Aku meninjau jika ada basikal mereka disitu namun hampa.Aku terus memusingkan badanku apabila terdengar bunyi motosikal yang semakin hampir denganku dan kelihatan Adlin sedang memboceng Suffian. "Wah!motor baru nampaknya,patut pum aku tak nampak basikal korang,tegurku sambil melihat motor yang nombor pendaftaran yang masih belum terusik lagi. "Ayah aku yang bagi moto ni di,kata ayahku zaman sudah maju,jawap Adlin sambil menongkat motor barunya itu sambil tersenyum bangga.
Aku tidak hairan kerana keluarganya menternak  ayam dan merupakan peternak terbesar didaerah itu. Aku segera turun ke piggir sungai dan menukar baju lalu mencuba air dengan jariku.Walaupun sudah tengahari air ketika itu,air sungai itu sangat sejuk sehingga seperti air batu.Cahaya matahari ketika itu membahang kulitku yang tidak memakai baju itu sehingga berpeluh lantas tanpa berfikir panjang aku terjun kedalam sungai itu walaupun ketika itu rakan-rakanku sedang sibuk dengan menukar pakaian.Terasa kedinginan air itu dapat menyembuhkan semula fungsi mindaku yang serabut memikir idea untuk menyiapkan karyaku.Walaupun aku dikenali sebagai budak-budak yang tidak aktif dalam sukan kerana badanku yang kurus namun aku suka akan aktiviti yang lasak.
Setelah puas menyelam dan berenang aku segera mendekati rakanku yang belum siap menukar pakaian."Korang ni nak mandi ke? Nak pergi ke bandar? tegurku dengan nadayang sinis. Mereka hanya tersenyum lantas terjun kedalam sungai dan meniggalkanku di pinggir sungai itu.Setelah mandi hampir satu jam,kami bertolak balik dan berpecah untuk pulang kerumah kerana rumahku terletak dihujung kampung.Dalam perjalanan pulang itu imej wanita yang keluar dalam mimpiku masih segar dalam ingatanku.Lantas aku berfikir mungkin aku memberi tajuk cerita baruku "ilusi".Aku tersenyum puas dengan angan_anganku itu.Aku mempercepatkan kayuhanku apabila terdengar suara azan yang datang dari surau yang berdekatanku.Apabila sampai aku segera naik kerumahku dan terus meneruskan amanahku.

Wednesday, 18 April 2012

FiCTiON(m/s1)



M/S 1

Aku menjengah kepalaku di jendela memandang kearah sawah padi yang sedang kukuningan yang berhampiran dengan rumahku untuk menambah idea dan mencari idea untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikanku. Aku bekerja  ''part time''sebagai penulis cerpen di Berita Harian dan karyaku akan disiarkan dalam ruangan yang khas untukku menunjukkan bakatku. Bakatku dicungkil apabilaku aku mula menulis blog dan disitu aku bermula mencari pendapatan sementara menunggu kemasukan IPTA yangku pohon. Aku melihat burung-burung berlegar-legar di sawah itu bebas tanpa perlu memikirkan sebarang masalah.Aku ingin menjadi seperti mereka  dan terbang mengilingi dunia yang indah ciptaan tuhan ini,aku merpukan anak keempat daripada lima orang adik beradik.Kadang-kadang aku hanya mampu mendengar keluhan ibu aku apabila mendengar masalah mereka. Entah bila pulak ibu aku dapat tenang agaknya. Setelah selesai peperiksaan SPM aku hanya tinggal seorang didalam rumahku kerana semua ahli keluarga ada yang bekerja termasuk juga adikku yang tinggal diasrama untuk memudahkan dia belajar.
.   
Aku sudah berusaha untuk meminta pekerjaan berhampiran dengan kawasan rumahku namun semua usaha itu hanya menemui jalan buntu. Mungkin itu petanda aku perlu tinggal dirumah untuk menemani abi dan ibuku walaupun kadang-kadang mereka pernah menyatakan aku untuk bekerja walaupun jauh daripada mereka. Walaupun mulut meraka memberi kebenaran aku tahu ada kesayuan disebalik mata mereka dan aku hanya membalas kata-kata mereka hanya dengan senyuman.Sekarang sudah masuk sebulan aku tinggal didalam rumah itu  dan hanya membantu abi di sawah.

Idea yangku cari untuk menyiapkan kerja itu belumku dapat,angin yang sepoi-sepoi bahasa di sekilingku aku itu mengusik aku dan memberatkan mataku. Aku segera  menutup buku catatanku dan berbaring di kerusi panjang yang usang namun selalu diperbaiki oleh abiku kerananya kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan. Apabila kepalaku berada diatas bantal,mataku semakin lemah dan aku terus dibuai mimpi. Dalam mimpi itu aku berada di sebuah padang yang dipenuhi dengan bunga matahari,sungguh cantik detik hatiku. Aku berjalanan kearah sekuntum bunga yang berwarna biru. Aku ingin memetiknya namun sepasang tangan lebih pantas memetiknya. Aku memalingkan mukaku dan terlihat seraut wajah yang sangat menawan. Mulutku tanpa mengeluarkan sepatah kata kerana kecantikannya. Adakah aku sudah mati? Dia hanya tersenyum manis dengan persoalan itu. Namun dengan sekelip mata dia hilang dalam sekelip mata. Aku tersentak daripada tidurku.

Mataku hanya mampu berkedipan dengan penuh persoalan di benak fikiran aku.Aku menarik nafas yang panjang dan mengambil semua itu sebagai idea baru yang diberikan kepada Tuhan kepadaku.Aku mencapai buku catatanku dan menyimpannya kedalam bilikku namun sebelum sempat aku berfikir launagan azan bergema menandakan aku harus menunaikan solat zuhur yang telah diamanahkan oleh tuhan kepadaku.Kakiku melangkah perigi mencari timba dan mengambil air sembahyang. Air dari pergi yang dingin itu menyegarkan mataku yang masih belum sedar sepenuhnya. Setelah selesai mengambil wuduk aku segera naik semula keatas rumahku.Mataku meninjau ibu aku namun tidak kelihatan maka aku segera ke bilikku untuk sembahyang. Setelah selesai aku terus mencapai bajuku dan terus bercadang ke sungai untuk mandi.Aku mendengar suara lalu berpaling kebawah tangga dam melihat abi baru pulang dari sawah. "Hendak ke mana tengahari ni? tanya abi dengan suara yang tersekat. "Abang hendak ke sungai nak mandi abi,abi nak ikut?jawapku. Abi hanya menggeleng kepalanya dan tersenyum dan menyuruh aku berhati-hati ketika sedang mandi maklumlah aku saja yang berada dirumah. Pesanan yang penuh kasih sayang itu aku balas dengan senyuman dan mengaggukkan kepala. Aku segera mencapai basikan "flexi"ku dan mengayuh dengan cermat.

Bersambung........

Monday, 16 April 2012


1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa

.2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.
3. Saya sayangkan awak

.Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.
4. Saya sudah salah

.Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik
 
.5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.


12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak
.Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.

Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya
.Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah; orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya; jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda. 


Sunday, 15 April 2012

Peribahasa English


Peribahasa English

1.   Act in haste, repent at leisure.
   ~ It is not a wise decision to do something in a hurry for you may repent later.
   ~ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


2.  A chip off the old block.
   ~ A person (usually a male) who behaves in the same way as his father or resembles his father.
   ~ Bapak Borek anak rintik.


3.  Better an ugly face than an ugly mind.
   ~ It is alright if we look unpleasant to others as long as we are mentally and morally alright.
   ~ Biar buruk dimata, jangan buruk dihati.


4.  Caught in the crossfire.
  ~ Caught between two fighting people or group.
  ~ Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.


5.  Castle in the air/ castles in Spain.
  ~ Daydreaming; plan and hopes that are unlikely to be realized.
  ~ Angan-angan Mat Jenin.


6.  No pain, no gain. / No sweat , no sweet.
  ~ One has to face all the difficulties before success. Nothing can be accomplished without effort.
  ~ Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya/ tiada kejayaan tanpa kesukaran/
     berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian; bersakit2 dahulu, bersenang-senang kemudian.


7.  No one knows where the shoe pinches, but he who wears it.
  ~ If you are in the wrong, you should know your mistakes.
  ~Siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedas.


8.  Still waters run deep
  ~ A person whose real feeling, ideas,etc. are not openly displayed.
  ~ Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.


9.  The damage is done
  ~ Something already spoiled and cannot be repaired.
  ~ Nasi sudah menjadi bubur.


10. Tied to the apron strings.
  ~ Under someone's control.
  ~Duduk di bawah ketiak orang.

SMS menarik

SMS Menarik

Sy blh terima
kopi
takde
susu…

Malam
tanpa
lampu..

Roti
tanpa
madu..

Burger
takde
keju..

Tapi..sy tak leh
terima kalau..

SUNYI
takde SMS dr
U..

————————–Ingatkan sy
supaya ingatkn
awk supaya x
lupakan sy

klu awk lupa,
sy ingatkn awk
supaya ingatkan
sy utk ingatkan

awk supaya awk
x lupakan syKukirim 1,000,000 senyuman,
1 untuk hari ini &
kamu simpanlah 999,999
didalam hatimu.

keluarkanlah 1 per 1
bila kamu mengingatiku,
pasti kamu akan
turut tersenyum…=)

—————————-Hiasi tidurmu dgn
titisan air SEMBAHYANG
Lelapkan matamu dgn
kalimah SYAHADAH

alaskan tidurmu dgn
DOA
moga.. dirimu mendpt
rahmat dari NYA

SELAMAT MALAM…
---------------
“TeMaN IsTiMeWaMu
BuKaN Yg SeLaLu
Di DePaN MaTa,
Yg SeNtIaSa Di SiSi

TeTaPi… DiA Yg
SetIa DiHaTi DaN… .
DiIgAtI DlM SeTiAp
Bisikan DoA… “

———————

hari
terlalu
sibuk
jam
terlalu
singkat
tapi
saya
masih
ada
mase
untuk
berkata
()””’()    “sy sentiasa
( ‘o’, )      rindu
(“)*(“)     awak”

—————————–
Kadang2 org sibuk….
Kadang2 org penat…
Tapi org tetap ingat kat awak…
Take care….

—————————-

kadAng2
mAta sAye
jeLeS sGt
ngAn Hati sAye..

nApe ek..?

nAk tAu
nApe..?

seBaB..

awAk sLalu dEkat
d Hati sAye, tP jAuh
dr mAta sAye

——————

Benarkah merdu buluh perindu
maniskah gula didalam dulang
adakah miss call tandanya rindu
benarkah sms maknanya sayang?

—————–

Andainya sang
bayu menyentuhi
paras
wajahmu, itulah

hembusan
rinduku, yang
menyebut
namamu, setelah

kian lama tak
jumpa..

—————–
Aku
mungkin
bukan
teman

“sempurna”

yg
kau
cari

bukan
juga
yg

“TERBAIK”

di antara
semua
nya..

tapi yg pasti
aku
teman

yg akan selalu
kau rindui..

———————————

Tekan bwh jika RINDU:

so RINDU la ni?
Oh, terharunya!
Stop!–>
Masih tekan lagi?Wah
betul RINDULAH ni!

Eh tekan lagi?

Oklah, I miss u..

——————————–

.-”"”-. .-l><l-.
( ‘o’ )  ( ‘o’ )
¿_*_)§¿_¤_)*

rasa suka jika
ada yg merindui,
lebih suka jika
ada yg menyayangi &
teramat suka
jika ada yg tak
lupakan kita!

——————————–

Kdg2 I sms U..
Kdg2 tidak..
Kdg2 I reply..
Kdg2 I xde kdt..

Tapi jgn risau, brpe
byk kdg2 tue..
U tetap “TEMAN
ISTIMEWA” i

Bkn utk kdg2..
tapi utk
SELAMANYA(“,)

——————————–
APé káTÉ
,,.   KäLaU
(,’ ‘)   SàYÉ
(‘)=(‘)   TIBa2..
HILãNG????

saYaNg JugaK
aWaK Kat saYa,
iNgatKaN taK
caRi!!

————————

mgenalimu 1
keindahan..bergurau
dgnmu,1 kbahgiaan..
menyakiti hatimu,

ku cuba elakkan..
dan 1 pmintaanku,
biar phubungan kita
kekal berpanjangan…

——————————-

Biar rindu asal
x jemu,
biar kasih asal
x sedih,

biar cinta asal
x terseksa,
biar sayang asal
x hilang, &

biar berpisah asal
hati x berubah..

——————-

Saya rindu dia..
(   ‘o   (>*<)
(,,)  )’  ( ö  )
,,l,,L,) (“)(“),,)

o,,,o sape?
( ‘o’)   (>*<)
(,,)  )  ( ö  )
,,l,,L,) (“)(“),,)

tu…tu yg baca
sms tu!

——————
Jika semlm ada ksalahnku, maafkanlah. Jka hari ini aku

brtyakan khabarmu, ini yg trakhir. Jika esok tiada berita

dariku, anggaplah aku telah tiada…

KREDIT

———————————

JAUH iTu Ada jArAk
yG tpIsaH, JAUH iTu
ada RuaNg yG
memIsaH..JAUH iTu

Dua iNsaN yG
tpIsaH, JAUH iTu
Dua hAti yG
dpiSaH..nAmuN

JAuH iTu Ada riNdu
yG tAk sUdaH..
———————-

Saat malaikat
menghampiriku
dia bertanya
padaku “apa yg kau

inginkn hari ini?
Aku menjwp
“tolong jage org yg
membaca mesej ini.

“kerna aku
SAYANG DIA”

———————————–Teringat dirimu!
c=.      ,,,,,
//,._ _#   ‘?
_(,..,,!_ _,Vj_,,,_,,

Tiap detik &
waktu!

Moga Allah
memberkatimu

Kerna

Kau

Teman
kesayanganku..

——————————

Kdg2 hdup ni
bz sgt..

Nk ckp hai kdg2 x
smpat

Even nk sms slalu
pun x smpt

Tapi xb’erti
kite kt sini
lupa org kat sana

(“,) tAkE CaRe..

———————

@>-/-
@>–
Ukhwahfillah..
Bukan yG SelalU

dekAT Dimata..
bUkan yg kerAP
BicaraNYa TetApi
yg Setia Dihati daN

DiingatI..dlm
SetiAp BiSiKan dOa..

—————————

1st skali sy nk mtk maaf
atas sgla kesalahan sy,
halalkan mkn minum sy,
sy rase kt xkan jmp lg,
mgkin ni msg yg terakhir dr sy,
smpanlah utk m`ingati dri sy,
stiap yg b`temu pasti akn b`pisah….

sy tpaksa prgi…..
ke jepun bgi m`bantu
Ultraman mgalahkan
raksasa belalang

—————————-

S-Seandainya
E-Engkau
L-Lebih kenal
A-Akan diriku
M-Maka aku
A-Akan
T-Tersenyum
M-Manis utkmu
A-Agar engkau
L-Lebih tahu
A-Aku sentiasa
M-Merinduimu

———————-
mak kata ‘awak
mcm CHIPMORE,kejap
ada,kejap takde’
atok kata ‘awak

mcm ASTRO,mcm-mcm
ada’ TAPI saya
kata ‘awak mcm
LOREAL,kerana dirimu

begitu berharga’

—————————

()”‘¤()
( -o- )
(ö)(ö) BöSÄNnYa
TäPi..BiLa Sy
T’iNgÄt KÄt Awäk..

()”‘¤() TETiBE JE
( ‘o,’ ) SäYE
(ö)(ö) T’sEnYuM
HäRaP Äwak JüGÄ
BEGiTu!

——————–

Org Dulu2 pRnH
KAte, bULu mata
akAn jatUh Bile
aDe soMe1 inGat kiTe..

staRt dgR ciTeR tu,
sy TruS sTop inGat
Kat aWk.. sBB sy
takUt aWk xDe

buLu matA…
hehehehe

—————————–

LoLiPop bErKatA kpd
CoKLaT “kIta Ni
sunGGuh MaNis kan?”
CoKLaT menJAwAb “aWak

INgaT kItA nie
DaH cukuP mAnIs
Ke?” “AwaK TengOk
OrG yang BacA

SMS nie, lg
MaNis..” “TeNGok tu
DiE senYUm, MaNis
nyErrrr… .”

———————

AnDAi
HaRi
EsOk
SaYa TiaDa,

DaN
GaGaL M’uCaPkn
SLMT TINGGAL,
InGaT

BhW SaYa
X pRnH LuPa
Utk UcPkN
TERIMA KASIH!

KrN SaYa B’pluAnG
M’geNaLi S’sEoRh..

SPRTI Awak..

———————————

1001 GURAUAN
belum tntu dpt
m’gukir 1
SENYUMAN. ttpi

hny 1 SINDIRAN
sdh cukup
MELUKAKAN hati
seseorang &

hnya dgn 1 SMS
sdah cukup
mbuatkan seorg
m’ingatimu!

—————————

Basket is raga,
wood is kayu,
bila i trjaga trus ingat u!
This is kulit kerang,
wood is kayu,
i cakap trus trang,
i miss giler kat u!!!

—————–

Ikatan hati antara
insan adalah
ANUGERAH

membuat mereka
TERTAWA…
MENANGIS…
MENERIMA…
MEMBERI…

& yg paling
PENTING ia
membuatkan seseorang
menghargai hidup…

—————–

Salam MANIS
beserta MADU,
salam SAYANG
beserta I LOVE U,

salam RINDU
beserta I MISS U,
salam ROCK, wa
CAYA sama lu,

salam INGATAN
saje nak tahu..
HOW ARE U?
———————–

Ku petik bintang
,,,,, + * + * .
(c ‘? (“) + * .
?”"%//

utk kau simpan

cahyanya
terang

brikan kau
perlindungan

juga sbg
pengingat org
yg TERSAYANG

—————————————-

Saturday, 14 April 2012


PENGENALAN

Fiksyen atau fiction mempunyai maksud yang sama walaupun berlainan bahasa iaitu bermaksud cerita rekaan atau sesuatu yang tidak pernah wujud. Kisah hidup aku ni sangat berkait rapat dengan perkataan ini. Aku mempunyai minat untuk menulis novel atau mengarang cerita walaupun kadamg-kadang tidak menarik tetapi kebanyakannya mengenai hidup aku dan aku mengeluarkannya melalui penulisan aku,ada sesetenggah mereka yang menyukai kadang-kadang ada juga yang mengkeji.Namun itu bukan tujuan aku menulis cerita ini untuk memberitahu tentang penerimaan orang terhadap karyaku. Kisahku yangku ingin sampaikan adalah mengenai salah sebuah rekaan aku menjadi dan sangat memberi kesan terhadap kehidupanku. Aku pernah menulis sebuah karya tentang aku suka kepada seorang perempuan yang cantik dan menpunyai semua pakej-pakej yangku impikan malah aku telah melukis tetapi sungguh mengejutkan apabila ia menjadi kenyataan. 


Bab 3(raptai Hidup)


Sekarang sudah genap seminggu aku berada di kelas primier di sekolah ini. Kelas kami telah mengadakan seisi pemilihan ketua kelas yang baru kerana ketua kelas asal telah ditukarkan sekolah atas faktor-faktor displin. Walaupun masih baru di kelas itu,malahan masih sukar untuk mengingati nama-nama pelajar didalam kelas itu tertumanya perempuan aku sudah dicalonkan sebagai ketua kelas. Memang sejak zahir lagi agaknya aku dilahirkan sukar untuk bercakap dihadapan khalayak ramai. Apabila aku mula bercakap penyakit "ketar" aku akan menyerang sehingga maklumat yang aku ingin sampaikan tidak dapat diberikan dengan sebaik mungkin. Titik tolak aku mula bercakap dikhalayak ramai bernula pada hari yang masih mengamit memoriku sampai sekarang.

Apabila nama aku dipanggil kehadapan,suara-suara sumbang yang menyebut namaku bergema di ruang bilik darjah itu. Hatiku terdetik persoalan adakah itu sorakan semangat atau sebaliknya.Senario ini selalu terjadi keatas hidupku namun ketika itu benak fikiran aku hanya memikirkan apa cadangan yangku perlu berikan bagi mombolehkan aku menjadi ketua kelas seperti yang diharapkan mereka. Fikiran aku ketika itu kosong dan hanya memikirkan perkara-perkara karut seperti memanjangkan waktu rehat atau tiada sekolah untuk setahun. Jika aku memberi cadangan seperti inipasti aku menjadi bahan ketawa mereka. Aku memberi salam bagi membuka ucapanku,sebaik memperkenalakan diri guru kelasku Suzanie segera bertanya apa yang bakalku lakukan bagi menaikkan nama kelas. Seperti mendapat nafas baru,aku segera mengeluarkan hujah seperti akan mencantikkan kelas,menjaga kelakuan "anak buahku" yang glamor dengan kenakalan di sekolah itu namun tanpa berfikir panjang hanya itu saja hujah yang dapatku berikan.

Aku menyudahkan ucapanku dengan salam dan disambut dengan sorakan semangat dari rakan-rakan baruku. Keputusan ketua kelas itu berpihak kepadaku dengan peratusan pelajar memilihku  tinggi sedikit berbanding calon lain. Walaupun berat untuk menerima amanah ini namun aku sedar pasti ada hikmah disebaliknya. Jauh dari tempat dudukku siA atau lebih senang ku gelar Fatin tersenyum manis kearahku dan itu baru kali melihat kearahku sejak aku bertukar kelas ini. Loceng bergema seluruh sekolah menandakan waktu pulang namun pelajar harus bergerak ke surau bagi menunaikan solat zuhur. Aku segara mengalas beg dan menghalakan kakiku kearah surau.

Ketika ini terjadi adegen yang pasti akan diingati oleh pelajar.Ketika pelajar lain bergegas menuju kearah surau,ada segilintir pelajar akan memulakan acara "lompat pagar berjemaah". Suara nyaring cikgu seolah-olah seperti angin bagi mereka dengan berlari dan bersembunyi di dalam semak atau berlari ke kedai yang tidak jauh dari sekolah. Kadang-kadang aku terfikir apakah motif mereka melakukan semua itu kerana mereka akan naik bersama satu bas dengan pelajar yang pergi sembahyang. Mungkin mereka seronok dengan perbuatan sia-sia mereka. Aku pernah terdengar golongon yang kurang cerdik ini mungkin ingin menarik perhatian orang terhadap mereka kerana melalui akademik mereka tidak dapat menunjukkan potensi mereka lantas mereka menunjukkan dengan jalan ini. Sesudah sembahyang rutin aku seperti biasa ke kantin asrama untuk makan dan balik untuk mengulang kaji pelajaran. Sesekali mataku melihat kekiri dan kanan mencari susuk tubuh orang yang membuatku jatuh hati namun hampa. Kakiku segera dipercepatkan untuk pulang keasrama dengan pelbagai persoalan di mindaku.


Bunyi derapan kasut aku bergegas pulang ke asrema itu tidak setanding dengan hati aku yang merasa ada benda buruk yang akan berlaku atau bakal  berlaku di sana. Apabila kakiku melangkah memasuki pintu pagar asrama telingaku terdengar suara-suara orang bertengkar. Kakiku dengan "automatiknya" bergegas kearah suara itu. Kelihatan satu orang yang amat aku kenali dan tiga orang yang  kurangku senangi. Entah apa motif mereka bertengkar seperti tidak dipedulikan senior-senior lain malah memberi arahan untuk bertumbuk dan pergaduhan itu mencapai tahap yang mencemaskan apabila salah seorang mereka itu menummbuk pelajar yang sebaya dengan mereka sambil ditambah dengan penampar dan teranjang dari dua orang yang lain.

Pelajar yang aku kenali itu iaitu faiz hanya membiarkan tiga orang pelajar yang sebaya dengan mereka itu membelasahnya dan mengikut logiknya walaupun dia membalas belum tentu boleh menang. Setelah puas melepaskan geram mereka,mereka mengangkat faiz itu dan dibuang dalam "kolah". Pada ketika itu mereka seperti tidak mempunyai perikemanusian langsung dan langsung tidak menunjukkan kebijaksanaan mereka walaupun mereka merupakan pelajar harapn cemerlang sekolah. Setelah mereka berlalu,aku segera menaggalkan uniform sekolah dan segera mengangkat faiz sambil dibantu rakan-rakan lain. Tiga orang pelajar yang memukul faiz hanya melihat tanpa menahanku kerana mereka tahu aku memang rapat dengan senior-senior yang  lebih jahat dari mereka kerana kakakku merupakan sekelas dengan mereka.

Badan faiz lebam dan berdarah.dia hanya mampu berbaring tanpa mengeluarkan sebarang kata kerana menanggung kesakitan itu. Aku kagum melihatnya walaupun dipikul sedemikian dia langsung tidak mengeluarkan air mata. Apabila waktu maghrib aku hanya sembahyang ditepinya dan makan bersamanya dan tidak pergi ke surau kerana bimbang akan kesihatannya. Apabila dia melelapkan mata.aku terdengar bunyi seperti ada orang yang bercakap serta kedengaran bunyi yang aneh seperti suara budak menangis dan sebagainya berdekatan tandas asrama. Berita tentang penghuni asrama yang diganggu itu bukan perkara luar biasa bagiku malahan itu merupakan tajuk pertama yangku tahu ketika memasuki asrama. Bunyi itu semakin kuat menerjah ke telingaku,namun aku masih mempunyai kekuatan ketika itu lantas aku membaca pelbagai ayat-ayat suci yang terlintas difikiranku. Semakin lama bunyi itu sudah berkurangan dan hilang,aku segera meninjau ketempat datang bunyi itu dan mataku hanya mampu melihat ada darah yang pekat didinding dan hilang begitu sahaja. Aku segera membuka langkah seribu meninggalkan kawasan tersebut bukan kerana takut tetapi hanya melepaskan diri dari tempat itu dan pulang kesisi faiz. Dari jauh kedengaran wardenku memberi salam dan dia menyuruh rakanku menggantikanku dan aku segera ke bilik belajar untuk mengisi ilmu dan menyiapkan kerja rumah.

Friday, 13 April 2012

KATA-KATA HIKMAH



Wednesday, 11 April 2012

Bab 1(raptai hidup)


Setiap orang dimuka bumi ini pasti akan menjalani kehidupan di zaman remaja mereka. Pelbagai perkara menarik ataupun kenangan pahit yang kita tak mahu lupakan. Kisah ini nerupakan kisah yang tiada berkaitan diantara yang hidup ataupun yang sudah tiada disisi kita. Cerita ini boleh dianggap kelakar atau sebagainya mengikut perasaan masing-masing. Aku merupakan pelajar tingkatan satu di sekolah yang kurang “glamornya”di negeri ini. Hari itu merupakan hari pertama aku akan menjejakkan kakiku di sekolah itu. Pagi itu, bermula dengan lancar mengikut perancanganku dan kenderaan yang akan membawa kami ke sana merupkan sebuah yang bas paling tahan lasak,agaknyalah

 Aku memajat pintu kecemasan bas yang terletak dibelakang bas sebelum temanku mengajak aku duduk berhampiranya. Sepanjang perjalanan, temanku “berceloteh” tentang sekolah,maklumlah dia merupakan tingkatan 3 ketika itu. Aku hanya membisu seribu kata sambil memikirkan tentang keadaan sekolah itu daan perangai orang-orangnya kerana dari khabar angin, sekolah itu agak teruk jugak displin . Apabila sampai, kami pelajar tingkatan satu beiringan masuk ke dalam sekolah sambil buat muka selambanya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang kami


Pengumumam bergema didalam sekolah itu kerana menyuruh semua murid bergerak ke dewan. Entah dimana dewan terletak disekolah yang agak besar ini pada fikiran kami. Tidak lama kemudian seorang guru dan nampak dari gayanya guru displin mengiringi kami ke dewan. Apabila masuk,aku terlangar seorang pelajar tingkatan 3,lantas aku meminta maaf. Namun ucapan itu telah dibalas dengan tumbukan padu daripadanya yang tepat terkena perutku. Manusia mana agaknya boleh tahan dengan samseng “tahi kucing” macam ni.Aku ingin membalas perbuatannya itu namun ditahan oleh kawan-kawanku dan mengingatkan bahawa hari ini nerupakan hari pertama dan jangan cemarinya.
Hatiku umpama lava yang menuggu masa untuk meletus namun aku mampu menahannya. Ucapan pengaluan kehadiran kami ke sekolah ini telah disertakan didalam perhimpunan ini. Apabila tamat perhimpunan,kami diminta tunggu untuk proses kenal mengenal dintara pelajar. Majlis ini dirangkumi dengan pembahagian kumpulan bagi “sua kenal” dan diikuti dengan pembahagian kelas. Aku mendapat kelas kedua, namun aku berpuas hati dan sedar akan keputusan UPSR aku.Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya lagi”. Redha jelah. Proses pengenalan berjalan dengan lancar.


Aku dibawa ke kelas yang boleh dikatakan “indah khabar dari rupa”. Kelas kami terletak dihujung tingkat 3 dan merupakan tingkjat teratas sekali bersama kelas tingkatan 1 yang kecuali kelas A yang berada di bangunan yang lain. Hari itu aku mendapat ramai kawan baru dan kami rehat pada waktu yang telah ditetapkan. Dikantin pelbagai juadah yang telah disediakan namun hatiku tidak terdetik untuk makan lalu aku mengajak kawanku ke koperasi bagi membeli makanan yang ringan sahaja. Dari pengamatan aku,tempat itu tidak menonjolkan pelajar sekolah menengah kerana mereka tidak beratur dan ini melenyapkan fikiran aku tentang sekolah menengah lebih berdisplin. Hampeh betul,namun aku memebuat muka selambaku dengan memotong barisan dan mencelah dengan tubuhku yang lebih kecil berbanding “senior-senior”  ini. Mereka merenungku seolah-olah memberi amaran jangan mendahului mereka namun aku buat seperti tidak nampak mereka.








Dua hari berada di sekolah itu dan keluargaku bercadang untuk menghantar aku untuk tinggal di asrama. Aku gembira kerana itu juga merupakan impian aku. Aku tiba dihalaman asrama itu diiringi oleh warden iaitu Cikgu A’sri setelah seisi pendaftaran selesai. Aku ditempatkan di Doom Jati dan mendapat sambutan mesra dari rakan-rakanku. Aku sedar cerita tentang asrama itu sebuah tempat yang teruk itu merupakan dongeng atau  sahaja. Di asrama kami mengikut jadual yang telah ditetapkan dan disitulah aku berjumpa dengan perempuan yang sebaya yang menyebabkan aku jatuh hati. Boleh tahan gatal juga aku ni,bisik hatiku. Namanya seindah tuannya dan budi bahasanya pun boleh tahan. Orang tua-tua kata bila dah berkenan yang buruk pun nampak indah apabila dah berkenan. Asalnya aku berkenalan dengannya melalui rakan sekelasku yang tinggal diasrama itu juga dan merupakan perempuan merangkap kawan yang palik baik dengan si dia. Biarlah aku panggil siA sahaja bagi menambah suspen cerita ini. A merupakan pelajar kelas 1Amanah dan mendapat 3A agaknyalah. Yang ni sedap sikit aku nak cerita. Aku tahu sesiapa yang baca buku ini pasti ingin tahukan,namun cerita ini ditangguhkan pada bab2. Sabar-sabar.



bab 2(raptai hidup)


Aku mempunyai seorang “best friend” yang bernama Adie. Perwatakannya ialah dia ni seorang yang boleh dikatakan kaki perempuan kerana muka dia ni bolehlah diketegorikan hensem jugak dan bermodalkan muka dia tulah ramai yang terpikat ditambah dengan ayat-ayat dia yang “power rangernya” itu namun dia ni seorang setia kawan dan boleh berpegang pada janjinya. Dia juga tinggal diasrama bersamaku dan kam i memang akrab kerana kami ni banyak berkongsi rahsia. Rahsia itu tak boleh ceritalah kerana nama pun rahsia,kalau cerita tak jadi rahsia dah kan? Pada bulan 3, sekolah telah mengumumkan bahawa beberapa orang pelajar kelas B akn diserap ke kelas Amanah kerana kelas E akan ditutup kerana pelajar kurang. Aku sungguh gembira pada hari itu dan hari itu merupakan hari kokurikulum . Pada hari ini,merupakan titik tolak kepada perubahan hidupku. Pada waktu rehat tu sekumpulan  pelajar dari tingkatan 4 datang ke kelas kami dan mengeledah beg-beg budak perempuan dan meminta pula wang daripada kami pelajar lelaki yang berada didalam kelas itu. Kami agak mengelabah namun kami mengawal diri kami.






Pada fikiran kami,kami bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Seorang dari mereka merupakan budak yang menumbuk aku pada hari pertamaku. Seorang dari kawanku keluar dan tidak beberapa lama kemudian dia datang membawa sekumpulan pelajar tingkatan 5 dan aku rasa “geng-geng” kampungnya dan dia menghalau budak-budak itu. Samseng-samseng itu keluar sambil membawa barang-barang yang diambil daripada beg budak perempuan tadi,aku sedar mereka masih tidak berpuas hati namun mereka terpaksa akur dengan orang lebih hebat daripada mereka. Dalam hatiku aku sangat bersyukur dan berharap perkara tu tidak berulang lagi. Tidakku sangka walaupin didalam kelas aku budak itu dianggap budak jahat namun dia sanggup menolong kami. Seperti aku nyatakan tadi,selain daripada peristiw ini terjadi satu peristiwa lagi yang aku takkan lupakan. Salah seorang daripada rakanku iatu Q. Aku dan dia selalu berjalan bersama-sama disekolah pada kebiasannya. Bak kata pepatah “kawan biarlah beribu musuh janganlah satu” agar kita selalu bahagia.


Orang kata cinta pandang pertama itu akan hadir untuk setiap manusia. Cinta boleh diketegorikan 3,yang pertama dari syaitan. Contoh,anda berjumpa dengan dia dan anda melakukan maksiat dan demi tutup malu, anda khawin dengan dia. Cinta ini tidak akan berkekalan. Yang kedua ialah cinta daripada Jin,contohnya anda suka kepada sidia namun sidia tidak lantas anda jumpa bomoh dan dia syok kepada anda dan anda khawin. Cinta ini sukar untuk bahagia. Yang ketiga ialah cinta daripada Allah. Anda berjumpa dengannya dan lantas jatuh cinta pada pandangan dan dia juga sama dan anda melamarnya dan dia terima. Anda berkhawin dan cinta ini semua diimpikan oleh manusia dan inilah “syurga cinta”. Macam kenal je dialog ni kan? Namun semua ini langsung tiada kaitan dengan aku ni. Aku berkenal dengan si dia ini apabila Adie ingin “tackle” budak kelas aku ini merangkap kepada kepada kawan karib si A ni. Aku mengenalkanlah Adie ini dengan kawanku ini dan aku berkenallah dengan si A ni.





Aku ni mengamalkan sikap “sambil menyelam minum air”. Sedang Adie asyik mengeluarkan ayat-ayatnya itu aku pun pergi berkenalan dengannya. Masa itu hanya Allah yang tahu tapi masa tu iman aku bolehlah tahan kuatnya,aku boleh lagilah mengawal perasaan aku dan aku menjarakkan kedudukan dengannya. Lagipun dia ni pun boleh tahan jugaklah imannya. Pada masa itu, perbuatannya semuanya manis sampai lemah lutut dibuatnya. Semua pembaca pun samakan? Buat-buat fahamlah kalau tak faham. Namun aku mendapat berita yang agak buruk, rupanya dia ada seorang abang di asrama itu. Berikutan dari itu bermulalah ‘MISI” ambik hati abangnya namun rupanya aku mempunyai seorang pesaing iaitu budak sebayaku tapi dia merupakan warden asrama itu. Dalam diriku berkataku berkta “berpanang ajal sebelum maut”.  Macam nak berperang pulak aku tapi memang benar berperang untuk “cinta”. Abang dia ni memang serius orangnya dan aku kalah kerana dia lebih rapat dengan anak warden itu. Masih belum  mengalah lagi,aku buat plan 2. Tak boleh hati abang,ambik hati ayahnya pulak. Memang berani mati aku be tul aku masa tu.





Ayahnya akan datang seminggu sekali untuk menghantar makanan dan masa itulah nak buat baik dengan menghantar barang ke abangnya. Aku sedar kalau nak dibandingkan wajah di sekolah itu memang aku yang kalah maklumlah muka aku ni bukan macam Kamal Adli namun aku bersyukur dan itu sebabnya abangnya lebih baik dengan anak warden berbanding aku ni. Tahun itu aku sukarlah sikit nak fokus tapi setelah dibimbing oleh Aidin kawanku didunia dan akhirat dan sekarang aku pun tak tahu dia hidup atau tak? Malam itu bermula acara mingguan budak-budak asramaku. Pertarungan perang bantal antara doom. Semua budak-budak baik dah tidur bagi mengelakkan mereka diserang dan semua budak tingkatan semua dah tidur. Aku tak tahulah macam mana aku boleh terlibat sama dalam  aktiviti yang sangat bermanfaat ini. Aku dan geng-geng aku merupakan semua senior bersiap untuk pertandingan melawan jenior. Apabila mereka keluar dari tempat persembunyian,kami terus menyerang. Dalam keseronokkan itu,berbunyi suara lantang dan aku amat mengenali suara itu dan tindakan diambil ialah berlari ketempat tidur.  Namun akhirnya aku menyerah diri,suara itui merupakan suara wardenku.




Kami dikumpulkan seperti banduan dan dikumpulkan di hadapan asrama untuk didenda. Kami “disebat” seorang demi seorang. Sakitnya hanya tuhan je tahu,sebenarnya tak sakit mana pun berbanding hati ini sebab aku tak pernah kena denda. Kami dikejutkan dengan hukuman yang pasti akanku ingat semua hidup. Kami di denda tidur tanpa  beralaskan apa-apa di tempat kami berkumpul yang hanya beratapkan langit dan berlantaikan simen. Sejuk menikam kalbu tau. Kami tidur dengan  agak melampau nyenyaknya. Pada subuh itu,mengikut kebiasannya ustaz atau lebih mesra  “abi“ akan mengejutkan kami dengan deruman bunyi motosikalnya namun belum sempat dia memulas minyaknya dia terpena dengan melihat kami bergelimpangan di simen. Ungkapan yang patut diucapkan tidak diucapkan dan terus berlalu sahaja. Kami terus memasuki doom dan menukar pakaian,mujurlah hari itu hari terakhir dan boleh pulang. Kami tahu,kami akan deman setelah diseksa sebegitu rupa. Tapi redha jelah,kerana aku yang gatal sangat cari penyakit.


Pada sesuatu tragedi pasti ada suatu yang akan memberi pengajaran kepadaku. Salah satunya ialah peristiwa kehilangan telefon bimbit seniorku yang berada di tingkatan 5 dan merupakan rakan sekelas kakakku. Nak dijadikan cerita, mengikut cerita yang disampaikan dia ingin cepat pulang ke asrama dan kebanyakan yang tinggal disitu adalah junior. Akibat daripada peristiwa itu kami semua dipanggil dan dikumpulkan dan menunggu masa untuk dibicarakan,namun orang dah sedia maklum dengan sikapku lantas mengasingkanku,bukan ingin mengatakan aku baik tapi aku masa itu merupakan  budak “skima”. Di asrama itu adalah seorang yang kurang ajar daripada sikap dan perbuatannya. Akibat daripada itu semua pelajar senior mengesyakinya dan terus menumbuknya,aku ni pun benci akan budak ini lantas turut serta membelasah budak itu kerana aku merupakan sekumpulan dengan budak senior itu dan aku akrab dengan mereka kerana kakakku sekelas dengan mereka. Walaupun daripada zahirnya aku agak baik namun dalamannya hanya aku je yang tahu. Budak itu juga seperti menunjukkan samsengnya dengan menjawap dengan kasar apa yang disoal. Bukan salah aku jugak.






Budak itu boleh juga teruk dipukul namun tidak mahu mengaku dan akhirnya dia memberitahu bahawa dia ternampak tetapi tidak ambil. Keesokannya, akibat heboh kehilangan henphon itu semua ahli asrama telah memberitahu bahawa pengawal telah mengambilnya namun tidak mengaku. Pada malam itu,juga kami sekumpulan menyerang rumah pengawal itu dan memaksanya mengaku. Akhirnya, senario berubah apabila pengawal ingin memulangkan henphon itu dan menyuruh anaknya mengambilnya didalam rumah dan memulangkannya. Aku berfikir agak kurang ajar juga geng-geng aku ni. Lepas itu kami beramai menaiki kereta yang dimiliki budak tingkatan 6 dan berhenti disebuah kedai makan,pada anggaran aku kami tiba pada lewat pagi juga dan bersembunyi untuk menyelinap memasuki asrama. Esoknya, aku menyuruh mereka meminta maaf dengan budak itu namun mereka berkata mereka bahawa m ereka memukul bukan kerana kes ini tapi kerana kebiadapan budak itu. Aku terus membisu kerana aku sedar aku yang paling muda disitu.yang penting aku sudah beritahu. Aku terus berjalan dengan mereka seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku





Di sekolah pemilihan pelajar untuk naik kelas telah disenaraikan dan aku merupakan salah seorang daripada mereka  yang tertpilih. Siapa tak suka naik kelas kan?