Tuesday, 15 May 2012

FiCtIoN(M/S 7)



M/S 7

Hari ini merupakan hari Sabtu dan merupakan hari tersibuk bagiku kerana aku perlu semua syarat yang telah diperuntukkan dalam syarat perjanjian aku untuk memohon pekerjaan itu.Aku perlu melakukan "medical checkup" dan membuka akuan di bank yang telah ditetapkan oleh bakal majikanku ini serta pelbagai lagi kelengkapan yang perlu dibawa pada hari pertamaku nanti.Aku menyiapkan semua hal ini bersama umi & abi dan semua itu ditanggung oleh mereka.Kadang-kadang aku terfikir jika aku sudah tiada mereka, dengan siapalah akan aku bergantung dan siapa yang sudi menanggung aku.Jika benar, mungkin aku sudah berada di jalanan dan tidak akan merasa kehidupan yang bahagia dengan mereka walaupun sederhana namun aku sangat bersyukur dengan kehidupanku.Proses untuk menyiapankan kerja ini mengambil masa dari pagi hingga tengahari.Aku hanya dapat memandang ke orang tuaku kerana aku tahu mereka penat namun mereka menyembunyikan dariku demi memenuhi kehendak mereka.Dalam leteran mereka adalah tanda sayang kepadaku.Siapalah aku tanpa mereka.Kami pulang selepas magrib dan selepas menunaikan solat isyak kami terus tidur kerana keletihan. 

Keesokan harinya selepas selesai menunaikan solat zohor kami bertolak dari rumahku untuk menghantar barangku ke rumah mak suadaraku dan kau tinggal disana untuk memudahkan aku pergi ke tempat kerja.Kedua-dua ibubapaku pergi dengan kereta dan aku mengikut mereka dengan menggunakan motosikal.Motosikal itu akan gunakan untuk berulang alik dari tempat kerja.Jarak tempat kerjaku dengan rumah mak saudaraku mengambil masa 10 minit saja.Aku membawa motosikalku dan mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai kerumah mak saudaraku.Hati aku merasa sangat bersemangat untuk menempuh pengalaman baru atau lebih tepat lagi alam pekerjaan.Perjalanan itu aku merasa sangat panjang dan pemandangan disekelilingku langsung tidak menarik perhatianku kerana fikiranku sudah berada di tempat yang aku belum pasti apa.Angin yang menderu menambah semangatku dan setiap kereta yang aku jumpa pasti akanku potong tanpa memikirkan bahayanya.Sedang aku terlalu asyik memecut,tiba-tiba sebuah kenderaan keluar dari lorong tanpaku sedari.Kerana terlalu laju masa itu,aku hanya sempat menekan brek namun allah masih sayangkan aku,brek itu dapat menghentikan motosikalku sebelum sempat melanggar kenderaan itu.Aku menarik panjang sebelum dapat meneruskan perjalanan.

Aku sampai dirumah mak saudaraku dan disambut dengan laungan Asar ketika itu.Dari jauh aku dapat melihat kereta Proton Saga abiku.Keadaan persekitaran rumah itu amat menyenangkan kerana berhampiran dengan sungai dan mempunya banyak tanaman walaupun berada dipiggir bandar.Abiku sedang sibuk menyiapkan kawasan meletak motosikal unuk motosikalku itu dibawah rumah kerana bimbang akan kes kecurian yang sedang meningkat sekarang.Setelah siap aku terus memasukkan motosikalku diwah rumah itu dan pergi bersalam dengan mak saudaraku.Selepas itu aku terus ke kereta dan mengambil barang  keperluan yangku bawa dari rumahku untuk digunakan disini.Selepas menyiapkan kerja itu kami terus menunaikan solat berjemaah bersama-sama dan makan makanan yang tekah disediakan oleh mak saudaraku.Apabila hampir pukul 6 abi dan umi pulang dan aku bersalam dengan mereka,walaupun berat untuk berpisah dengan mereka maklumlah selepas ini mereka terpaksa tinggal dua orang sahaja.Walaupun dari percakapan mereka,aku tahu mereka agak sedih namun demi menimba pengalaman aku terpaksa.

Malam itu,aku yang jarang melihat keindahan bandar pada waktu malam seolah-olah terpesona dan melihat cahaya yang mempunyai pelbagai warna yang kelihatan amat cantik didalam air sungai yang tenang pada waktu malam.Hatiku amat merindukan keluargaku namun keindahan malam itu telah menjadi penawar bagi segalanya.Esok adalah hari baru,kata hatiku untuk memberi keyakinan aku untuk menempuh hari esok.Fighting!!!!!!!!!!!

Bersambung............

No comments:

Post a Comment