Tuesday, 15 May 2012

FiCtIoN(M/S 7)



M/S 7

Hari ini merupakan hari Sabtu dan merupakan hari tersibuk bagiku kerana aku perlu semua syarat yang telah diperuntukkan dalam syarat perjanjian aku untuk memohon pekerjaan itu.Aku perlu melakukan "medical checkup" dan membuka akuan di bank yang telah ditetapkan oleh bakal majikanku ini serta pelbagai lagi kelengkapan yang perlu dibawa pada hari pertamaku nanti.Aku menyiapkan semua hal ini bersama umi & abi dan semua itu ditanggung oleh mereka.Kadang-kadang aku terfikir jika aku sudah tiada mereka, dengan siapalah akan aku bergantung dan siapa yang sudi menanggung aku.Jika benar, mungkin aku sudah berada di jalanan dan tidak akan merasa kehidupan yang bahagia dengan mereka walaupun sederhana namun aku sangat bersyukur dengan kehidupanku.Proses untuk menyiapankan kerja ini mengambil masa dari pagi hingga tengahari.Aku hanya dapat memandang ke orang tuaku kerana aku tahu mereka penat namun mereka menyembunyikan dariku demi memenuhi kehendak mereka.Dalam leteran mereka adalah tanda sayang kepadaku.Siapalah aku tanpa mereka.Kami pulang selepas magrib dan selepas menunaikan solat isyak kami terus tidur kerana keletihan. 

Keesokan harinya selepas selesai menunaikan solat zohor kami bertolak dari rumahku untuk menghantar barangku ke rumah mak suadaraku dan kau tinggal disana untuk memudahkan aku pergi ke tempat kerja.Kedua-dua ibubapaku pergi dengan kereta dan aku mengikut mereka dengan menggunakan motosikal.Motosikal itu akan gunakan untuk berulang alik dari tempat kerja.Jarak tempat kerjaku dengan rumah mak saudaraku mengambil masa 10 minit saja.Aku membawa motosikalku dan mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai kerumah mak saudaraku.Hati aku merasa sangat bersemangat untuk menempuh pengalaman baru atau lebih tepat lagi alam pekerjaan.Perjalanan itu aku merasa sangat panjang dan pemandangan disekelilingku langsung tidak menarik perhatianku kerana fikiranku sudah berada di tempat yang aku belum pasti apa.Angin yang menderu menambah semangatku dan setiap kereta yang aku jumpa pasti akanku potong tanpa memikirkan bahayanya.Sedang aku terlalu asyik memecut,tiba-tiba sebuah kenderaan keluar dari lorong tanpaku sedari.Kerana terlalu laju masa itu,aku hanya sempat menekan brek namun allah masih sayangkan aku,brek itu dapat menghentikan motosikalku sebelum sempat melanggar kenderaan itu.Aku menarik panjang sebelum dapat meneruskan perjalanan.

Aku sampai dirumah mak saudaraku dan disambut dengan laungan Asar ketika itu.Dari jauh aku dapat melihat kereta Proton Saga abiku.Keadaan persekitaran rumah itu amat menyenangkan kerana berhampiran dengan sungai dan mempunya banyak tanaman walaupun berada dipiggir bandar.Abiku sedang sibuk menyiapkan kawasan meletak motosikal unuk motosikalku itu dibawah rumah kerana bimbang akan kes kecurian yang sedang meningkat sekarang.Setelah siap aku terus memasukkan motosikalku diwah rumah itu dan pergi bersalam dengan mak saudaraku.Selepas itu aku terus ke kereta dan mengambil barang  keperluan yangku bawa dari rumahku untuk digunakan disini.Selepas menyiapkan kerja itu kami terus menunaikan solat berjemaah bersama-sama dan makan makanan yang tekah disediakan oleh mak saudaraku.Apabila hampir pukul 6 abi dan umi pulang dan aku bersalam dengan mereka,walaupun berat untuk berpisah dengan mereka maklumlah selepas ini mereka terpaksa tinggal dua orang sahaja.Walaupun dari percakapan mereka,aku tahu mereka agak sedih namun demi menimba pengalaman aku terpaksa.

Malam itu,aku yang jarang melihat keindahan bandar pada waktu malam seolah-olah terpesona dan melihat cahaya yang mempunyai pelbagai warna yang kelihatan amat cantik didalam air sungai yang tenang pada waktu malam.Hatiku amat merindukan keluargaku namun keindahan malam itu telah menjadi penawar bagi segalanya.Esok adalah hari baru,kata hatiku untuk memberi keyakinan aku untuk menempuh hari esok.Fighting!!!!!!!!!!!

Bersambung............

Saturday, 5 May 2012

FiCtIOn(m/s 6)

M/S 6



Hari ini aku melengkapkan diriku dengan pakaian yang diperlukan untuk temuduga dan aku bangun lebih awal untuk persiapkan diriku pada hari itu.Hari itu merupakan hari jumaat,walaupun temuduga itu akn berlangsung pada waktu tengahari selepas kami selesai menunaikan sembahyang jumaat namun mungkin kerana itu merupukan temuduga pertama aku jalani jadi bersemangat agak luar biasa. Sesudah sahaja aku menunaikan solat Jumaat aku segera menelefon dan mungkin dia juga seperti aku,dia sudah siap sebelum aku telefon lagi.Tanpa membuang masa lagi aku terus meminta izin dari umi dan abi aku untuk pergi memohon kerja di Bandaraya Kuala Terengganu.Mereka hanya mengatakan mereka akan berdoa dari jauh dan semoga Tuhan mempermudah aku dalam temuduga nanti.Aku mengaminkan doa mereka kerana doa mereka merupakan doa yang paling "mujarab" dalam dunia ini.Aku segera mencapai kunci motosikal yang diberikan abi kepadaku itu lalu menuju kerumah kawanku bagi segera ketempat  yang akan menjadi"lubuk rezeki" kepada kami nanti.

Sepanjang perjalanan aku diputus-putus berdoa agar aku diterima kerja disana dan agar aku dipermudahkan mendapat kerja disana maklumlah aku belum punya pengalaman bekerja lagi.Tapi aku hairan setahu aku hari Jumaat tak pernahku dengar ada orang yang pernah membuat temuduga namun itu mungkin kehendak dari Tuhan untuk aku berkerja disini.Sebaik sahaja sampai di tempat letak motosikal pasaraya itu aku terus menelefon Encik Azmi dan bertanya lokasi dia berada dan mengatakan kami adalah budak yang bertanya tentang jawatan kosong semalam.Dia menyuruh kami agar menemuinya di pejapat dan meminta kami masuk melalui pintu belakang untuk menemuinya.Kami melalui "Mayang Village" yang dipenuhi oleh puluhan manusia maklumlah hari itu merupakan hari minggu dan majoritinya adalah remaja.Aku memberaniakan diri meredah deretan warung dan kedai makan disitu bersama Zul walaupun agak malu namun aku lebih berfikir positif dan menapis semua maluku kerana aku bukan melakukan sesuatu yang negatif.

Kami dapat melihat staf pasaraya itu masuk melalui belakang itu dan mereka hanya tersenyum melihat kami.Kami dapat melihat seorang pengawal yang menjaga pintu masuk itu dan pada fikiran kami dia merupakan warga asing dan mungkin warganegara "Bangladesh".Dia melihat kami dan memanggil kami lantas bertutur dengan fasihnya dalam Bahasa Melayu."Encik Azmi tunggu awak dua orang kat pejabat dan sebelum awak ambik pas masuk kat pengawal perempuan tu"katanya sambil menunjukkan ibu jarinya kepada pengawal yang duduk didalam berhampiran pintu masuk itu.Aku segera menuju kearah yang dimaksudkan dan kami diperiksa badan atau "body check" sebelum kami dibenarkan naik ke pejabat yang dimaksudkan.Dalam hatiku memang wujud debaran maklumlah aku ni juga manusia biasa.Apabila kami sampai disitu salah seorang "HR" menyuruh kami tunggu Encik Azmi kerana beliau ada urusan yang penting perlu diuruskan.Sementara menunggu kehadirannya aku dan rakanku bagaikan "beku" dan hanya menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.Staf yang bermundar mandir masuk ke pejebat itu seolah-olah tidak perasan kehadiran kami
Akhirnya penantian kami terjawap apabila Encik Azmi muncul dihadapan kami dengan senyuman yang memberi semangat kami dalam menghadapi temuduga ini."Dah isi borang maklumat diri?tanyanya dan kami mengelengkan kepala.Dia segera masuk kepejabat dan mencapai borang dan memanggil HR yang menyuruh kami tunggu tadi.Dia suruh kami mengisi borang itu dan dia menunggu kami di bilik sebelah dengan tempat kami menunggunya tadi.Aku dan rakanku segera mengisi borang yang dimaksud dan apabila siap kami memanggilnya untuk proses seterusnya."Siapa yang nak mula dulu?tanyanya dengan nada serius,aku segera menawarkan diri untuk ditemuduga dulu.Dia hanya tersenyum sinis lantas mendebarkan hatiku yang memang tengah tak berapa senang dengan temuduga ini.Aku segera menghulurkan sijil yangku bawa apabila diminta olehnya,lalu dia terus bertanya tentang pekerjaan yang pernahku lakukan dan adakah sanggup dimarahi serta pelbagai soalan lagi.Entah datang dari mana semangatku untuk menjawap semua soalan yang diajukan olehnya.Kira-kira setengah jam,aku selesai ditemuduga dan menyuruh rakanku masuk dan aku dipinta tunggu diluar.

Aku menunggu rakanku ditemuduga namun temuduga dia tidak mengambil masa yang panjang.Aku hanya dapat melihat dia dapat menjawap soalan lebih lancar dariku dan melihat mereka lebih banyak tersenyum dalam seisi temuduga itu.Setelah selesai kami dipanggil dan kami diberitahu bahawa kami diterima malah menyuruh kami masuk bekerja pada hari Isnin."Memang rezeki kami disini" kata aku dalam hati dan aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menerima kami.Mereka akan membahagikan "departmen" pada hari kami masuk bekerja nanti.Sebelum turun kami mengucapkan terima kasih sekali lagi atas jasa baik mereka.Sebaik sahaja sampai di kawasan letak motosikal kami terus pulang untuk menyampaikan khabar baik ini kepada mereka.Sekurang-kurangnya aku tidak memerlukan pertolongan atau orang dalam untuk mendapat kerja.

Bersambung........